UPDATE : KISAH TEDDY N TOBI
Friday, 11 October 2013 • 2:56 pm • 0 comments
Hari ni Amila nak update entry jap. Sajala nak luangkan masa Amila ni kebetulan Amila free dan esok sekolah Amila cuti!!! Yes! Eh, sepatutnya cuti sekolah la boring kn? Heh... Amila nak citer skit kisah tentang arnab kesayangan Amila nih... Comel sangat macam cartoon Melody yang ada dekat atas tuh.
Amila dah lama bela Teddy n Tobi sejak tahun lepas iaitu 16 September 2012. Walaupun dah lama n sekarang nak masuk bulan November lak iaitu bulan birthday Amila, but Amila masih ingat lagi tarikh tuh! Sekarang Amila nak buat kisah sikit tentang mereka.
Mula2 sekali, Amila terkejut bila ibu saudara Amila dan ibu Amila bawa balik kotak besar.
Waktu tu, mereka baru balik dari Padang Serai. Amila tak ikut dan duduk kat rumah tok.
Amila gembira apabila tengok dalam kotak tu ada 4 ekor anak yang kiut-miut. Mula2 Amila suka yang berwarna putih iaitu arnab Amila, Tobi. Tapi sekarang Amila suka semuanya. Ibu Amila beli arnab tu atas permintaan twin Amila iaitu Nur Amalia. Dia pun ada blog. Eh, bukan masa nak promote okayh! Ibu memutuskan untuk ambil arnab yang berwarna putih dan coklat terang tu. Amila pun setuju jelah. 16 September tu memang tarikh ibu beli mereka tapi Amila tak terus bawa balik rumah tapi tinggalkan mereka berdua di rumah tok untuk 1 hari sahaja.
Kemudian, hari seterusnya Amila pun bawa pulang mereka ke Rumahku Syurgaku yang mana rumah Amila yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Hampir tiap2 hari rasanya Amila asyik dok renung depa tak kira masa nak tidur ka, nak buat kerja sekolah ka apa ka, Amila akan jenguk mereka. Pada mulanya, Amila jaga mereka dalam rumah but sekarang ibu letak mereka kat luar rumah sebab busuk nanti seluruh rumah tu.Hehe...Korang nak tahu macam mana Amila boleh dapat nama Teddy n Tobi. Apa lagi, jomlah bersama Amila lagi! Amila akan bawa korang dalam perjalanan kisah Teddy n Tobi. Sedar tak sedar kita sudah berada di separuh jalan.
Nama mereka Amila petik dengan melihat fizikal mereka iaitu spesies mereka but Tobi tu bukan sebab spesiesnya tapi sebab dia garang sikit dan Amila teringat akan arnab kampung Amila yang sudah mati akibat dibaham musang...Huk...Huk...(menangis teresak-esak)
Sudahlah.Rasanya Amila tak perlu bicara lagi fasal kisah silam tuh. Okay, kita continue perbualan kita tadi. Sampai mana dah yer. Oh, baru teringat. Hee...Teddy tuh spesies Teddy Bear. Oleh itu, kami sepakat untuk letak nama tuh .
Arnab lain lak yang Amila cerita ada 4 ekor tu la including Teddy n Tobi. Dua ekor yang lain tu namanya Nini n Nunu. Mula2, ibu saudara Amila tu dia ingat dua2 ekor tu betina rupanya Nini tu jantan. Manalah nak tahu sebab waktu tuh mereka masih kecil seperti baby. Haha... Patutlah selama ni Nini nampak garang jer...Hmmm...Habis bulu Tobi dia musnahkan. Biasalah, arnab Amila dan ibu saudara Mila tu bukannya jinak sebab Amila tak pandai nak bagi dia jinak macam arnab kat Gunung Jerai tuh. Sekarang ni Nunu yang namanya dalam perkataan Arab dan bermaksud baby tu dah mati dan meninggalkan kami semua. Hmm...Sedih...Sedih...Nunu meningalkan sebab asyik duk beranak jer...Kesian dia...Anak yang dia hasilkan tu anak Nunu n Nini dan sekarang masih hidup... Entahlah macam mana rupa Nunu waktu mati tuh. Tapi Amila dah tahu sebab ibu Amila sempat tangkap gambar. Tapi Amila malaslah nak upload kat blog sekarang. Nn tilah Amila tunjukkan di lain entry. Tapi yang Amila ingat lehernya berdarah dan macam kena belah....EEE...OMG! Amila tak boleh buat apa2. Kalau Amila upload gambarnya nnti korang geli pulak kn? Heh...Baik tak payah.
One day, ibu saudara Amila belah ayah yang dipanggil sebagai Mak Ngah datang rumah Amila... Saja2 la datang melawat sebab dah lama tak jumpa. Biasalah rumah dia terletak di Kedah. Anak Mak Ngah Amila yang sudah remaja dan bernama Ira tu berkenan dan suka tengok arnab Amila yang kiut tuh. Tapi waktu tu ibu baru beli Teddy n Tobi. Ibu bercadang untuk belikan untuk Ira yang baru. Hari seterusnya, ibu pun bawa pulang yang baru. Amila n twin letak nama depa Mimi untuk yang betina yang mana spesiesnya Teddy bear jugak dan Mickey yang mana spesiesnya sama dengan Tobi cuma warna dia jer yang tak sama iaitu warna coklat lembut. Kami letak nama tuh untuk sementara waktu.
Beberapa hari kemudian, Mak Ngah pun datang untuk menjemput Mimi dan Mickey. Ibu memberi mereka dengan cepat. Tapi yang Amila kesian kat mereka ialah sebab Mimi,Mickey n Teddy selalu cirit birit. Kesian mereka. Tobi seekor ja yang tak kena cirit birit tu sebab ibu kata Tobi tu kuat sikit berbanding yang lain. Suatu Hari, Mak Ngah adakan suatu kenduri sempena apatah. Amila pun dah lupa. Alangkah terkejutnya apabila ibu tanya Mak Ngah sama da Mimi dan Mickey ada tak lagi tapi Mak Ngah jawab mereka mati sebab Ira tu selalu usung mereka ke mana2 tempat. Kata orang, ajal dan maut di tangan Allah. Apa terdaya, baru dua hari tapi arnab itu sudah mati. Amila sedar bahawa Mimi dan Mickey bukan arnab kepunyaan Amila but Amila dah anggap mereka macam arnab Amila sendiri. Amila sedih sangat apabila mendapat tahu tentang berita sedih itu. Sebab itulah, ada kata2 semangat yang mendorong Amila untuk melaksanakan tugas Amila sebagai tuan untuk menjaga Teddy n Tobi dengan baik. Amila sedar siapa Amila. Tapi Kalau boleh Amila tak nak kehilangan mereka. Setakat sini sahajalah entry Amila pada hari ini. Amila sertaikan serangkap pantun untuk readers Amila sekalian. Kalau ada sumur di ladang,Boleh saya menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi di lain entry...Nota pink : Amila akan beri tips menjaga arnab di lain entry dan Amila akan sertakan sekali dengan video dan gambar bunny Amila yang lama iaiu arnab kampung dan arnab baru Amila yang sampai skang masih hidup iaitu Teddy n Tobi! PS : Mahu gambar n video arnab anda dipamerkan? JOM upload video/gambar tu dalam blog korang dan letak link video/gambar tu dalam kotak komen entry ni okayh!
Okay, bye!
|
Writer Blog
WALKIE TALKIE
The Besties Grab Me! Past Memory CREDIT SECTION |