Ѧʏ βʋииιɛƨ Ɯσяℓ∂
10 tips mudah untuk hilangkan jerawat
Thursday 28 November 2013 • 7:27 pm • 0 comments

Jerawat merupakan masalah yang sering melanda semua golongan tidak kira umur, lelaki mahupun wanita. Masalah jerawat sering kali menghantui golongan lelaki dan juga golongan wanita kerana dengan timbulnya jerawat ini di muka ia akan menjejaskan rupa paras mereka.
Ramai di antara anda menggunakan pelbagai produk pencuci muka untuk menghindari jerawat dari timbul di muka lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kalau boleh tidak ingin satu pun jerawat ada di permukaan kulit muka mereka dan sekiranya jerawat ini timbul ada diantara mereka tidak mahu keluar rumah langsung kerana terlalu malu.

10 Tips Mudah Untuk Anda Menghindari Jerawat

1. Jangan Berjemur di bawah terik matahari
Sinar UV boleh menyebabkan kulit berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Terdapat juga produk jerawat seperti retinoid topikal yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sentitif selepas berjemur.
2. Rambut tidak tutup muka
Jika anda mempunyai ramput yang panjang, pastikan rambut diikat supaya tidak menjadikan jerawat anda lebih teruk kerana ditutup oleh rambut terutamanya pada waktu siang. Tahukah anda, rambut mempunyai minyak yang juga boleh menyumbang liang kulit muka walaupun anda tidak menggunakan sebarang produk rambut?
3. Elakkan menyentuh wajah
Menyentuh atau meraba muka boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk terutamanya ketika berpeluh, Oleh itu, pastikan anda kerap membasuh muka setiap kali selepas anda berpeluh.
4. Minum Banyak Air
Minum air suam dengan banyak boleh membolehkan kulit anda setiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. Inilah dua vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikkan pada kulit anda. Sayur-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna sepeti lobak, buah pic dan sebagainya.
5. Jangan Picit
Sekiranya anda memicit jerawat ia bukan sahaja bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut kerana di terdapat pelbagai kuman yang ada pada jari anda. Cuba tahan apabila anda ternampak jerawat mula tumbuh. Sebenarnya terdapat alat yang boleh anda gunakan untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun setelah jerawat tersebut masak barulah anda boleh memicitnya.
6. Gunakan sabun bebas minyak
Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilihlah produk yang mempunyai label oil-freenonacnegenic atau noncomedogenic.
7. Jangan takut makan makanan kegemaran
Ia hanya mitos jika anda menganggap makanan berminyak dan coklat boleh menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan.
Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat, elakkan dari makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga coklat untuk mendapatkan kulit yang cantik.
8. Elakkan cuci muka berlebihan
Kulit yang kotor bukanlah punca utama munculnya jerawat. Jika anda mencuci muka terlalu kerap dan kasar, ia akan menyebabkan muka mudah luka dan sensitif. Malah ia boleh menyebabkan jerawat lebih parah. Skrub dan sabun yang mempunyai kandungan kimia serta kasar juga boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat dua kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.
9. Elakkan Kosmetik Berasaskan Minyak
Elakkan menggunakan bahan kosmetik yang banyak berasaskan minyak. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit terseumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak. Oleh itu, kemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Cuci muka anda terlebih dahulu sebelum dan selepas anda bersolek,
10. Gunakan ‘Sunscreen’ Bebas Minyak
Sunscreen atau pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi menyediakan perlindungan meluar dari sinaran ultraviolet (UVA) dan juga UVB. Gunakan produk yang mempunyai label non-comedogenic. Ia juga boleh mengelakkan liang kulit anda daripada tersumbat.

Sumber : Majalah RAPI Edisi April 2012


Bye!

Labels:



PASTFUTURE
Writer Blog


Assalamualaikum blogger! Welcome to My world . Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Need some choco ? Here.

WALKIE TALKIE


The Besties


Grab Me!

*Copy and paste into your blog okay?

Past Memory




CREDIT SECTION

Coding basecode by: Izyanyancinnamon
Edit template by: Iman Sarah
Owner blog: Nur Amila
Best view:Google Chrome
Others:(♥♥)