Ѧʏ βʋииιɛƨ Ɯσяℓ∂
TIPS TINGKATKAN TRAFIK BLOG+ KEKALKAN PERSAHABATAN
Saturday, 8 November 2014 • 1:29 pm • 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ini saya nak kongsi sedikit tips untuk
tingkatkan trafik blog kita. Semua tips ini adalah cara
yang pernah saya gunakan.

Sebelum itu, buat pengetahuan anda. Jika dalam blog anda mempunyai
sebarang iklan, contohnya Nuffnang. Trafik blog anda sebenarnya membantu kita
mendapat earning yang lebih banyak.

Maksud Trafik Blog Yang Saya Fahami

Apa yang saya faham tentang trafik blog adalah jumlah pelawat yang melawat/datang ke blog kita. Contoh yang mudah, apabila datang seorang pengguna internet ke blog kita, maka trafik blog juga akan meningkat satu. Kira trafik blog itu merupakan jumlah pengguna internet yang datang ke blog kita.


Cara - Cara Tingkatkan Trafik Blog

(1) Blogwalking

Blogwalking bermaksud anda melawat dari satu blog ke blog. Pastikan setiap kali anda melawat blog blogger lain, tinggalkan link blog anda di chatbox blog mereka dan jika dalam blog mereka tidak mempunyai chatbox, tinggalkan dibahagian comment. Anda juga boleh follow blog mereka jika anda mahu dan kalau anda merasa dengan tindakan itu akan menarik tuan punya blog untuk membalas lawatan anda.

CONTOH :

PERINGATAN buat blogger, jangan sekali-kali tinggalkan link iklan di chatbox blogger lain kerana boleh mendatangkan amarah pada tuan blog.


(2) Join Giveaway/Segmen/Contest Blog

 Anda perlulah rajinkan diri untuk join GA yang diadakan oleh blogger-blogger lain. Pastikan anda mengikut syarat-syaratnya dan melawat kesemua peserta yang turut mengikuti GA itu. Dan guna cara (1) semula. Jika terlalu ramai, melawat sahaja setakat mana yang anda mampu. Buat pengetahuan anda, trafik blog saya start meningkat apabila saya join GA salah seorang blogger Malaysia dan saya melawat dan follow kesemua blogger yang join GA tersebut. Sejak itulah trafik blog saya semakin meningkat dari hari ke hari. Tapi janganlah sepanjang masa entry anda berkaitan dengan GA dan jangan kerap sangat. Anda hanya perlu join GA kurang daripada 3 GA dalam seminggu


(3) Kerap Kali Update Entry

(A)
Cara yang berikutnya adalah selalu update entry. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Pastikan entry anda mengandungi isi yang berguna seperti tips atau tutorial berkenaan blog, tips kecantikan atau kesihatan, cerita-cerita yang menarik untuk dikongsi seperti cerita pengalaman travel anda atau apa-apa kisah yang anda alami, cerita-cerita yang sedang hangat di negara, perkongsian ilmu agama atau apa-apa lagi ilmu yang lain.

(B)
Dalam entry anda, perkara yang  anda perlu elakkan ialah elakkan menggunakan perkataan singkatan atau lebih dikenali bahasa SMS. Jangan menggunakan font/tulisan yang kecil dan bewarna muda pada entry anda. Jangan update entry yang panjang jika entry anda itu adalah merapu atau tidak menarik untuk dibaca. Jangan update entry yang berunsur cacian terhadap seseorang/blogger lain atau terhadap politik. Ini boleh menimbulkan benci terhadap pembaca.

(C)
Pastikan tajuk entry anda adalah tajuk yang hot dan boleh menarik minat kepada siapa yang terbaca tajuk entry anda. Dan sila pastikan tajuk entry anda bersesuaian dengan isi entry.


(4) Rajinkan Diri Promote Blog Anda dalam Facebook, Twitter dan Lain-2 Laman Sosial

Anda perlu join group-group blogger dalam FB dan promote link blog anda disitu. Promote blog anda sekurang-kurangnya satu kali sehari. Pastikan bukan satu group sahaja yang anda join, kalau boleh join group sebanyak yang mungkin supaya lebih ramai yang kenali blog anda. klik SINI untuk lihat group-group blogger yang terdapat dalam FB. Promote juga link di twitter dan mana-mana lagi laman sosial.


(5) Share Entry Blog Anda Dengan Google Dan Laman Web Lain


Seperti anda lihat gambar di atas, ada button share di dashboard. Klik pada button share itu dan dia akan keluar seperti bawah ini.


Anda perlu add laman web lain. Caranya klik sahaja pada 'browser people' atau yang ada gambar orang itu dan tick kepada siapa yang anda mahu share. Anda boleh lihat dalam gambar di atas itu, saya ada share kepada'technology'. Buat pengetahuan anda, dalam technology yang saya share itu ada beberapa laman web yang tersohor seperti busuk.org, facebook+fanpage, Google Ads, Mashable, Twitter Followers, Youtube dan banyak lagi. Cara inilah yang sebenarnya banyak membantu kita menaikkan trafik dengan cepat. Yang kedua, dengan cara (4).


(6) Ramah Mesra Bersama Blogger Lain

Bagaimana cara nak beramah mesra dengan blogger lain? Cara pertama anda add lah beliau dalam FB atau Twitter dan berbuallah dengan mereka. Tapi saya pasti perkara ini tidak ramai yang melakukannya. Ada cara yang lain, cara yang selalu saya buat iaitu dengan like fanpage blogger dan comment pada statusnya dan cara satu lagi comment entry blog blogger lain. Pastikan anda membaca terlebih dahulu isi kandungan entrynya dan barulah anda comment. Nyatakan pendapat/respond anda tentang isi entrynya.


(7) Jadi Sponsors Dalam Giveaway

Yang ini kepada yang ada kemampuan sahaja. Tapi cara ini memang boleh meningkatkan trafik blog malah juga dapat tingkatkan follower blog anda. Beri syarat kepada penganjur blog untuk peserta follow blog anda. Anda boleh sponsor top up, shawl, blouse, novel/majalah/buku ilmu atau lain-lain benda lagi. Tak perlu sponsor benda yang mahal-mahal, serendah RM10 pun sudah memadai. Atau jika anda berkebolehan dalam mengedit/menghiasi blog, boleh juga anda gunakan kemahiran anda itu untuk dijadikan barang/benda sponsor (Sponsor edit blog).


(8) Link Anda Dalam Bloglist & Blog Direview

Yang ini anda boleh bertukar bloglist dengan blogger lain. Anda letakkan link blog dia dalam bloglist anda dan dia letak link blog anda dalam bloglist dia. Tapi janganlah pula anda memaksa. Cara membolehkan link blog anda berada dalam bloglist dan direview blogger lain ialah guna cara (2). Manalah tahu kalau rezeki anda menang bloglist atau review blog.


(9) Pastikan Blog Anda Kemas Dan Ringan

Dan yang paling utama sekali jangan sekali-kali biarkan blog anda berat. Maksudnya apabila hendak masuk ke blog anda, pelawat terpaksa menunggu loading yang lama. Ini akan membuatkan pelawat terus klik pangkah(keluar daripada blog anda). Pastikan juga template blog anda kemas dan gadget yang penting mencukupi. Seperti gadget follow, chatbox dan archive entry yang lama. Pastikan ketiga-tiga gadget ini ada dalam blog anda kerana ianya adalah gadget yang penting. Jangan guna button follow seperti bawah ini.


Jika anda mahu menggunakannya juga, sila pastikan gadget follow yang ini turut sekali ada.


Ini kerana sesetengah blogger tidak boleh follow kalau follow mengikut button follow gambar pertama itu. Seperti saya, saya tidak boleh follow jika blog itu tidak ada button follow gambar kedua. Masalah apa belum saya ketahui tapi memang tidak akan menjadi jika saya follow menggunakan gadget seperti gambar pertama. Elakkan meletakkan gadget yang tidak terpakai.


(10) Elakkan Meletakkan Like Fanpage Sebelum Masuk Blog Tanpa Button Close

Perkara inilah yang paling membuatkan ramai pelawat ke blog yang marah. Lebih-lebih lagi apabila like fanpage yang keluar sebelum masuk ke dalam blog itu mengambil masa yang lama. Jika anda mahu letakkannya ke dalam blog anda, pastikan ada button close.

contoh gambar like fanpage sebelum masuk blog :
gambar sumber google


Itu sahaja tips daripada saya.
Harap tips ini membantu anda dalam usaha meningkatkan
trafik blog anda. Silalah share jika mahu tapi pastikan nyatakan credit to siapa ya.
muihmuihmuih  = 3

  Annyonghaseyo , semua . Hari ni saya nak cakap pasal persahabatan yea . Awak semua sayang tak kawan - kawan korang ? Saya sayang ! Mesti ! Siapa yang happykan kita ketika kita sedih ? Kawan . Siapa yang pujuk kita bila kita merajuk ? Kawan . Siapa yang menemankan kita taatkala kita sunyi ? Kawan . Okey , meh kita kongsi sikit tips kekalkan persahabatan daripada Cikngah .   : )

KEKALKAN PERSAHABATAN

1) Terima kelebihan dan kekurangan sahabat anda
   

Maksudnya terima dirinya seadanya . In this world , nobody perfect . Diri kita sendiri pun ada kekurangan . So dalam persahabatan @ apa jua hubungan sekalipun kelebihan seseorang itu akan menutupi kekurangan yang ada pada diri kita .


2) Hormati Satu Sama Lain


Dalam persahabatan,tidak semestinya korang akan sentiasa mempunyai minat yang sama , pendapat yang sama dan juga kegemaran yang sama . Kadang-kadang pendapat korang mungkin berbeza . Oleh , itu cuba hormati pendapat dan pendirian masing - masing . Kemudian , barulah berbincang dan cari kata putus .


3) Jangan Mudah Lupa Diri


Maksudnya adalah begini . Jika dulu kawan korang merupakan kawan yang paling rapat dengan korang di masa susah dan senang . Ke mana jua pasti bersama macam belangkas,macam ombak dan pantai.  Tapi apabila korang telah mempunyai kekasih bf / gf korang mula abaikan kawan korang tu . Korang asyik berkepit dengan kekasih korang sampaikan korang lupa sahabat korang pun perlukan masa bersama korang . Korang jangan lupa , one day if korang ada masalah dengan kekasih korang , korang pasti akan cari kawan korang juga . So nasihat saya , walaupun korang telah berpacaran luangkanlah juga sedikit masa bersama teman - teman . Lagipun kekasih boleh datang dan pergi tapi sahabat sejati sukar dicari ganti .


4) Give and Take


Dalam apa-apa hubungan sekalipun sikap bertolak - ansur adalah sangat penting . Jangan asyik korang je yang menang dalam semua perkara . Sesekali korang kena juga ikut cara / pendapat orang lain juga .


5) Jauhi sikap hasad dengki / memburukkan sahabat



Jauhi sifat - sifat mazmumah ini kerana ia akan menjadi racun dalam persahabatan korang . Tak de guna korang memburukkan sahabat korang sebab dia takkan rugi apa - apa pun . Buat menambah dosa korang adalah .


Pesanan Dari Cikngah  :


Siramilah sesuatu perhubungan itu sepertimana korang menyirami sebatang pokok yang baru ditanam . Makin banyak yang korang siram,makin cepatlah ia berkembang dan tumbuh menjadi sebatang pokok yang indah dan menarik . Itulah perumpaan bagi sebuah persahabatan . Andai dijaga dengan baik , maka lahirlah sebuah persahabatan yang mekar dan indah .

Sumber:Sini

Labels:


Tips Mencari Sponsor
Tuesday, 3 December 2013 • 11:26 pm • 3 comments


Hai korang! Tengah buat apa tu?Haha...Apalagi, mestilah sedang membaca entri ini...Hehe...Entri yang tidak seberapa menariknya ini tapi hanya sebagai perkongsian pengetahuan Amila untuk korang...Bagi yang selalu sangat jalankan GA,segmen, contest n etc, sila baca ini...Hehe...Amila tahu Amila pon newbie jugak so Amila baru jalankan 1 GA...Masih tinggal beberapa hari lagi sebelum pemenang diumumkan...GA juga mungkin akan dipercepatkan anytime...So, bagi sesiapa yg nak join boleh ke sini
Hermmm...Cepat buka buku korang sekarang!

1.Buat entri tentang pencarian sponsor bla bla bla
Amila tahu pasti ramai yang selalu buat cara ni kan? Hehe...Amila pun sama jugak masa buat GA Amila tu...Sini untuk lihat dan kalau sudi nak sponsor :3 

2.Pm/inbox

Dulu pun Amila tak tahu pm tu apa...Bagi newbie, semestinya tak tahu...Belum berpengalaman katakan. Pm tu maksudnya private message atau untuk yang tak faham, Amila ringkaskan kepada inbox.Hehe...Caranya senang je...Jom ke step seterusnya! 

3.Jangan sampai melepas!


Hmmm...Yang ni pun selalu terjadi...Kata la ada orang nak sponsor dekat entri korang yang sedang mencari sponsor tu, but hadiahnya ciput jer, then korang rasa tak lumayan dan tak berbaloi dan syarat dia yang banyak melambung-lambung...Sabar sahaja...Sabar itu separuh daripada iman...So, syarat macam mana sekali pun, korang must be patient...InsyaAllah, sponsor pun ramai ^_^Jangan sampai rezeki melepas pulak! Sng cerita,jangan tolak tawaran tu.Kata orang, rezeki jangan ditolak...

4. Gunakan bahasa yang sopan


We as the Malays must respect and politeness. Furthermore, the Malays are known for good manners and noble character. So, Amila wanna teach proper and polite to ask the sponsor. 
Assalamualaikum dan salam perkenalan... :)Saya sedang mencari sponsor. ^0^Hadiah apa-apa pun tak apa :DTarikh mula dan tamat GA/segmen ialah pada (TARIKH GA START-TARIKH GA TAMAT)
☺Harap permintaan saya ini dapat dipertimbangkan/Hope you can fulfill my request^^ 
Itulah ayat Amila cipta sendiri...WOW! Gramatis tak?Haha...Melainkan kalau ada sponsor tu yang tak boleh sponsor or buzy but korang janganlah pulak kecil hati dan tak semena-mena marah dia...Tak baik tau! Walaupun dia tak reply, mungkin tak sampai kat inbox dia atau dia tak check...Jangan salahkan dia...Tapi kalau sponsor tu kata macam ni la kan: 
"nti page akak akn up 10 like jela kn? ke mcm mne?"

Ayat yang diatas bukan Amila create ya but mmg terjadi sendiri dekat Amila...Ayat ini berkaitan dengan yang hidup dan meninggal dunia.huhu...Memang kecil hati dengan ayat 'pedas' ni...Kalau dah tak nak sponsor, kata la tak nak. Ini pulak jadinya...Ha...Yang ini satu lagi. Contohnya, korang dan partner korang dah jalankan GA, dapat sambutan hangat, then partner korang bagitahu yang dia tak dapat nak teruskan lagi GA.Then marah2! Kalau tak nak, bagitahu la awal2 dah tahu yang ada urusan la, busy la...Cerita ni benar. Ada orang yang mengadu sendiri kat Amila. Amila tengah cari sponsor waktu itu. Hmm...Malang sungguh bagi yang pernah alami... So, be careful.yela, manusia zaman sekarang memang pelik. Kenapalah tak terus terang jer...Sorry bagi yang terasa...Jangan jadi macam ni tau ataupun cari partner atau sponsor macam ni...Last last minute baru nak bagitahu...

P/S:Bagi yang terasa, sori sesangat.Jangan buat lagi kerana semua ini menyusahkan orang lain dan hidup tak berkat...Maaf entri panjang berjela.Hope tips ini bermanfaat untuk korang yang sedang mencari sponsor ^_^ Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan copypaste sesuka hati tanpa keizinan pemilik blog...Sila komen dan credit berlink dahulu sebelum copypaste.Thanks.

-ParkJiyeonForever-

Labels:


10 tips mudah untuk hilangkan jerawat
Thursday, 28 November 2013 • 7:27 pm • 0 comments

Jerawat merupakan masalah yang sering melanda semua golongan tidak kira umur, lelaki mahupun wanita. Masalah jerawat sering kali menghantui golongan lelaki dan juga golongan wanita kerana dengan timbulnya jerawat ini di muka ia akan menjejaskan rupa paras mereka.
Ramai di antara anda menggunakan pelbagai produk pencuci muka untuk menghindari jerawat dari timbul di muka lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kalau boleh tidak ingin satu pun jerawat ada di permukaan kulit muka mereka dan sekiranya jerawat ini timbul ada diantara mereka tidak mahu keluar rumah langsung kerana terlalu malu.

10 Tips Mudah Untuk Anda Menghindari Jerawat

1. Jangan Berjemur di bawah terik matahari
Sinar UV boleh menyebabkan kulit berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Terdapat juga produk jerawat seperti retinoid topikal yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sentitif selepas berjemur.
2. Rambut tidak tutup muka
Jika anda mempunyai ramput yang panjang, pastikan rambut diikat supaya tidak menjadikan jerawat anda lebih teruk kerana ditutup oleh rambut terutamanya pada waktu siang. Tahukah anda, rambut mempunyai minyak yang juga boleh menyumbang liang kulit muka walaupun anda tidak menggunakan sebarang produk rambut?
3. Elakkan menyentuh wajah
Menyentuh atau meraba muka boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk terutamanya ketika berpeluh, Oleh itu, pastikan anda kerap membasuh muka setiap kali selepas anda berpeluh.
4. Minum Banyak Air
Minum air suam dengan banyak boleh membolehkan kulit anda setiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. Inilah dua vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikkan pada kulit anda. Sayur-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna sepeti lobak, buah pic dan sebagainya.
5. Jangan Picit
Sekiranya anda memicit jerawat ia bukan sahaja bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut kerana di terdapat pelbagai kuman yang ada pada jari anda. Cuba tahan apabila anda ternampak jerawat mula tumbuh. Sebenarnya terdapat alat yang boleh anda gunakan untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun setelah jerawat tersebut masak barulah anda boleh memicitnya.
6. Gunakan sabun bebas minyak
Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilihlah produk yang mempunyai label oil-freenonacnegenic atau noncomedogenic.
7. Jangan takut makan makanan kegemaran
Ia hanya mitos jika anda menganggap makanan berminyak dan coklat boleh menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan.
Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat, elakkan dari makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga coklat untuk mendapatkan kulit yang cantik.
8. Elakkan cuci muka berlebihan
Kulit yang kotor bukanlah punca utama munculnya jerawat. Jika anda mencuci muka terlalu kerap dan kasar, ia akan menyebabkan muka mudah luka dan sensitif. Malah ia boleh menyebabkan jerawat lebih parah. Skrub dan sabun yang mempunyai kandungan kimia serta kasar juga boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat dua kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.
9. Elakkan Kosmetik Berasaskan Minyak
Elakkan menggunakan bahan kosmetik yang banyak berasaskan minyak. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit terseumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak. Oleh itu, kemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Cuci muka anda terlebih dahulu sebelum dan selepas anda bersolek,
10. Gunakan ‘Sunscreen’ Bebas Minyak
Sunscreen atau pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi menyediakan perlindungan meluar dari sinaran ultraviolet (UVA) dan juga UVB. Gunakan produk yang mempunyai label non-comedogenic. Ia juga boleh mengelakkan liang kulit anda daripada tersumbat.

Sumber : Majalah RAPI Edisi April 2012


Bye!

Labels:


Tips Make Up Untuk Tahan Lama
• 7:26 pm • 0 comments


Alat solek sudah tidak asing lagi dengan kehidupan seorang wanita. Penggunaan alat solek atau make up dapat memberikan keyakinan diri kepada si pemakainya. Tanpa make up, mungkin wajah akan nampak sedikit pucat. Oleh itu, ramai wanita mengambil inisiatif untuk keluar dengan wajah bermake up.Mengapa perlu tahu tip make up untuk tahan lama?
Dalam cuaca yang panas dan iklim negara kita meyebabkan kita mudah berpeluh. Bahagian wajah yang di solek selalu cepat berpeluh ialah di sekitar dahi, hidung, dagu dan di atas bibir tidak tahan lama.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara atau tip untuk mengekalkan make up dalam jangka masa yang lama?
Jom kita baca tips di bawah:
  • Tangan hendaklah sentiasa bersih. Tahukah anda sentuhan dari tangan yang kotor merupakan salah satu faktor make up luntur dengan cepat? Selain melunturkan, tangan yang kotor juga menambahkan bakteria di kulit wajah sehingga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
  • Pastikan wajah bersih. Mencuci wajah merupakan hal paling asas untuk membuat make up lebih tahan dengan lama. Kandungan air dan minyak pada kulit akan menjadi neutral sehingga siap di make up. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan kertas minyak khas untuk mengawal minyak di muka.
  • Gunakan pelembap yang tidak mengandungi minyak. Tahukah anda beberapa pelembap yang mengandungi kimia bakal membuat kulit anda rosak? Produk seperti Lanolin dianggap beracun kerana boleh membuatkan kulit semakin berminyak. Oleh itu, gunakanlah pelembap yang bebas minyak.
  • Face primer sebelum foundation. Apakah fungsi primer? Primer digunakan sebelum foundation supaya make up dapat melekat dengan baik di muka untuk jangka masa yang lama. Ia dapat melindungi foundation di wajah malah memastikan kulit tetap sihat. Permukaan kulit yang diletakkan primer pula akan menjadi lebih lembut dan sempurna.
  • Foundation dan bedak. Mahukan make up tahan dengan lebih lama? Aplikasikan tiga lapisan asas iaitu primer, foundation, lalu bedak. Salah satu fungsi foundation ialah dapat membuatkan warna make up yang digunakan sentiasa natural. Letakkan pula bedak secukupnya dan tidak berlebihan.
Tips di atas sangat senang untuk diaplikasikan. Diharap ianya berguna untuk semua kaum wanita. Selamat mencuba!

Moga tips ni berkesan ya! ^_^

Labels:


Tips Menghilangkan Kemarahan
• 7:06 pm • 1 comments

Kita bersemuka kembali dalam tips Mila yang terbaru...Hehe...Amila memang murah hati...Perasan!!! Amila memang pakar bab-bab tips ni...Resipi yang tadi, dah cuba ke belum? Hehe...Harap bermanfaat untuk korang...Try jangan tak cuba ya!

1.Berwuduk
Berwuduk merupakan salah satu caranya untuk menghilangkan stress n marah korang...Tolong amalkan amalan ini setiap kalai korang stres atau marah.

2.Solat sunat
Boleh sekiranya korang nak solat fardhu n sebagainya untuk menenangkan jiwa korang...Tapi korang juga jangan lupa untuk mengamalkan solat sunat ya!

3.Mengadu kepada Allah
Cara ini juga memainkan peranan untuk korang menghilangkan stres n etc. Korang tak faham ertinya? Mengadu kepada Allah bermaksud berdoa. Berdoalah jika menghadapi sebarang masalah.

4.Bersukan
Hah? Bersukan?! Macam tak percaya je kan? Ya. Dengan bersukan juga dapat menghilangkan rasa yang mengancam korang tu...

Itulah serba sedikit tips yang Amila boleh kongsi bersama korang. Ini asli ya...Kalau nak copypaste, biar dipandang suci oleh Allah. Jangan lupa credit dekat blog ni ya!!!

Labels:


Tip Berada Di Dapur~
• 3:59 am • 0 comments
Dulu waktu Amila ada buat Tip-Tip Belajar, Amila ada kata nak bagi Tips Dapur pulak...Hihi...Banyak pula tips Mila. Baca arahan papan tanda ni dulu!


Hehe...Tau takper...Macam entri lain pun sama yer...

Korang mesti tak percaya kan? Ya, mmg tak dapat dipercayai tapi kenyataannya. Amila dan twin, Nur Amalia tak dapat tidur nyenyak. Waktu itu juga, kami baca novel Gadis Basikal n Pilih Lesen Apa? Best!Hehe...Dapat juga rasa mengantuk...Ya, Amila mengaku yang Amila mmg sleepy beauty*perasan macam Edrina dalam novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra karya kak Ain Maisarah.Hihi...Betul kata Syafiah Adilah,karakter utama dalam novel Cik Blogger, pagi-pagi pastinya idea mencurah.Hmmm...Jom kita start...Masa Itu Emas lol...Maaf Amila just boleh terang ringkas jer...


  1. Baca bismillah sebelum memulakan kerja*wajib
  2. Membasuh tangan sebelum dan selepas membuat kerja*wajib
  3. Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak melekat kuman atau sisa makanan*wajib
  4. Sekiranya rambut panjang, ikat rambut atau anak tudung agar rambut tidak masuk dalam makanan*wajib
  5. Berselawat ke atas Nabiapabila hendak membasuh sayur,ikan dan beras*sunat
  6. Membersihkan tempat yang kotor*kalau korang nak jugak tmpat kotor up to you(sunat)
  7. Memastikan api dipadam selepas memasak agar tidak berlakunya kebakaran*wajib
  8. Membasuh pinggan mangkuk yang kotor*wajib
  9. Pastikan kawasan dapur sentiasa dalam keadaan bersih*wajib
  10. Buang sampah agar ulat dan lalat tidak mengacau kawasan dapur*wajib
  11. Tutup periuk atau makanan agar tidak dihurungi oleh lalat dan elakkan daripada terdedah kalau boleh tutup dengan tudung saji*wajib 
Itu sahaja tips Mila yg boleh dikongsi bersama.Tangan Amila dah penat mengetuk keyboard ni...Hehe...Nah resipi yg Amila janji tu...Sikit jer...


Nah! Ini dia resipi Pavlova yang memang sama je dengan semua orang buat….kalau nak tengok cara2 dia…boleh bukak YouTube…ada banyak video tau.
strawberry pavlova 2
*Gambar Google…credit to blog owner tersebut*
Ingredients:

4 large egg whites at room temperature
1 cup of Castor sugar
1 tsp of white vinegar
1/2 Tbsp of cornstarch
1/2 tsp of pure vanilla extract
1/2 cups of whipping cream
Fresh fruit such as strawberries, raspberries, kiwi fruit, passionfruit, bananas, blueberries
1 Tbsp fresh lemon juice
***Tbsp = table spoon, tsp = teaspoon

Preparation:

- Preheat the oven to 275F (140C) and place the rack in middle of the oven. Line a baking tray with foil and draw a 7 inch circle on the foil with the blunt edge of a knife (don't tear the foil). Set aside.

- In a clean, medium-sized metal bowl, beat the egg whites with a clean electric mixer on medium speed. Beat until the whites form soft peaks.

- Gently sprinkle the sugar into the egg whites, one teaspoon at a time. Don't just lump the sugar in the bowl and never stop beating the eggs until you finish the sugar. Your egg whites should now be glossy stiff peaks.

- Sprinkle the cornstarch and vinegar on the meringue and fold in gently with a plastic spatula. Add the vanilla and gently fold the mixture again.

- Now gently spread the meringue in the circle on the foil to make a circular base. Make sure the edges of the meringue are slightly higher then the center so you have a very slight well in the middle.

- Bake the meringue for about 1 hour and 15 minutes or until it goes a very pale, pinkish egg shell color.

- Turn the oven off and leave the door slightly ajar to let the meringue cool completely. As the meringue cools, it will crack slightly.

- Just before serving, take the meringue out of the oven and remove it gently from the foil and place on a plate.

- Whip the cream with the vanilla extract until it forms peaks. Prepare the fruit by washing and slicing.

- Gently spread the cream to the top of the meringue with a spatula and arrange the fruit on top.

*My Cinta Hati Pavlova =)*
Tadaaaaaaa! Siap sudah sebijik Pavlova! Senang je kan? Topping tu pulak tak semestinya strawberry, apa2 pun boleh letak… Selamat mencuba!

Credit :AGEN SECRET

Thanks...Assalamualaikum...Jawab jangan tak jawab.Dapat dosa! Haha...


Labels:


Simple Tips
Tuesday, 26 November 2013 • 12:37 pm • 1 comments
Sticky Post!!!Sila scroll bawah untuk entri terbaru
Amila nak share dengan korang tips yang Amila ada.Harap tip-tip ni bermanfaat untuk korang! Sharing Is Caring!!!


Tips Belajar

1.Membawa buku ke mana sahaja kita pergi
HUH?! Cara macam ni pun ada ke?! Nanti nampak pelik dan skema je kan? Hmmm...Up to you kalau korang rasa nak bawa boleh la...Hehe...Katalah korang nak balik dari perpustakaan, korang bawa badan korang yg chubby ataupun thin tu ke kaunter dan pinjam buku...Senang je kan? Senang cam kacang hangus...Hihi...Sorry kalau korang terasa yang Amila cakap fasal badan korang tu...

2.Mencatat nota ringkas
Yela...Macam la cikgu korang kat sekolah tak pernah beritahu...Cikgu Amila selalu kata macam tu...Suruh bawa buku nota kecil yang '888' tu ha...Harap korang faham la yerr...Macam teacher Amila, dia selalu suruh take out your dictionary book when English lesson!Haha...Amila bab nak tulis memang terketar2 ler...Hmm...Memang Amila akui yang Amila malas nak tulis tapi bab menaip laju jer... :)

3.Mengikut jadual yang diatur sepenuhnya
Yang ni korang awal-awal lagi kenala prepared siap-siap jadual harian korang sendiri...Jangan jadi Amila... Amila ni memang tak kira had la jawabnya...Amila selalu habiskan masa Amila dengan berblogging ja...Ha...Yang nak taip ni pun kena perah otak tau tak! Hai...Pening kepala bila fikir balik!

4.Mencuba untuk menjawab soalan tahun lalu
Ha...Yang ni Amia nak tekankan dan sentuh! Dalam UPSR, tak semestinya keluar soalan Year 6 je kan? Mesti kebanyakannya ataupun setengah soalan tu ada soalan darjah 4 dan 5. Amila pun dah banyak kali alami walaupun next year baru nak UPSR!Tahun ni pun ada juga soalan darjah 4 yang Amila lupa. Walaupun dah belajar dan dulu memang bagi Amila macam soalan budak tadika jer, tapi sekarang,tengoklah apa yang jadi! Soalan yang senang pun Amila mai hentam jer! Hai, Amila betul-betul regret!Nasib Amila tak kena hentam! Cikgu Amila pun kata markah Math Amila turun merudu!!! 

5.Ulang membaca sebanyak mungkin
Mesti ada yang rasa pelik. Kenapa pulak kena baca berulang-ulangkali padahal kita dah faham topik tu? Okay, Amila sedia membantu! Buat sementara ni Amila jadi kaunter pertanyaan.Hehe...Amila pun pernah alami.Amila malas sangat nak baca banyak kali dan baca pun sekali pandang jer, macam mana nak jawab untuk exam sebab kita tak betul-betul faham dengan subjek/question tu.Jadi Amila nasihatkan korang walaupun Amila tiada hak untuk menasihatkan korang melainkan ibu bapa kita but Amila harap korang boleh pelajari atas kesilapan korang tu.

6.Jangan malu bertanya jika tak faham
Amila selalu macam ni tambah-tambah nak tanya dengan cikgu yang garang.Hmm...Hope korang tak contohi Amila. Hikhik.Kalau korang tak faham apa yang cikgu tu ajar,beranikan diri untuk bertanya secara berdepan(face to face)ketika guru tu mengajar di hadapan ataupun ketika habis masa pembelajaran.Ceh,panjang betul ceramah Amila ni...

7.Beri tumpuan pada pelajaran yang lemah
Ya..ya...Amila tahu semua manusia tidak sempurna dan ada kelemahan. Amila lemah dalam subjek Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Muzik...Amila pun bukan pandai menyanyi...Korang pula macam mana? Jangan malu-malu untuk share dengan Amila di Facebook.

8.Rajin ke perpustakaan
Macam Amila, Amila rajin ke perpustakaan.*perasan...Selalunya Amila pergi perpustakaan hari-hari yang tertentu...Ceh, Amila pun baru pergi dalam 4 kali je ke perpustakaan untuk tahun ni...Kebetulan sekarang ni cuti panjang ataupun lebih sesuai digelar cuti umum untuk murid sekolah rendah, so Amila and friends termasuk twin pun pergila ke perpustakaan yang merupaka gedung ilmu...Banyak buku boleh baca termasuk buku pelajaran.

9.Bahagikan masa kokurikulum dan akademik
Kat sekolah korang mesti ada kokurikulum kan? Ala...Waktu sekolah menengah pun masih ada...Tak tahu? Yang Tunas Puteri,Tunas Kadet Remaja Sekolah,Pengakap dan Puteri Islam tu...Amila ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah.Mula-mula Amila ingat seronok tapi boring...Takder kawan dan yang cikgu tahu buat ikatan la apa la...It is too bored...Nothing to do...

Mungkin setakat sini sahajalah tips Amila...Amila akan datang semula dengan Tips Dapur pula siap dengan resipi...Hehe...Yeker?

Labels:



PAST
Writer Blog


Assalamualaikum blogger! Welcome to My world . Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Need some choco ? Here.

WALKIE TALKIE


The Besties


Grab Me!

*Copy and paste into your blog okay?

Past Memory




CREDIT SECTION

Coding basecode by: Izyanyancinnamon
Edit template by: Iman Sarah
Owner blog: Nur Amila
Best view:Google Chrome
Others:(♥♥)