Ѧʏ βʋииιɛƨ Ɯσяℓ∂
TIPS TINGKATKAN TRAFIK BLOG+ KEKALKAN PERSAHABATAN
Saturday, 8 November 2014 • 1:29 pm • 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ini saya nak kongsi sedikit tips untuk
tingkatkan trafik blog kita. Semua tips ini adalah cara
yang pernah saya gunakan.

Sebelum itu, buat pengetahuan anda. Jika dalam blog anda mempunyai
sebarang iklan, contohnya Nuffnang. Trafik blog anda sebenarnya membantu kita
mendapat earning yang lebih banyak.

Maksud Trafik Blog Yang Saya Fahami

Apa yang saya faham tentang trafik blog adalah jumlah pelawat yang melawat/datang ke blog kita. Contoh yang mudah, apabila datang seorang pengguna internet ke blog kita, maka trafik blog juga akan meningkat satu. Kira trafik blog itu merupakan jumlah pengguna internet yang datang ke blog kita.


Cara - Cara Tingkatkan Trafik Blog

(1) Blogwalking

Blogwalking bermaksud anda melawat dari satu blog ke blog. Pastikan setiap kali anda melawat blog blogger lain, tinggalkan link blog anda di chatbox blog mereka dan jika dalam blog mereka tidak mempunyai chatbox, tinggalkan dibahagian comment. Anda juga boleh follow blog mereka jika anda mahu dan kalau anda merasa dengan tindakan itu akan menarik tuan punya blog untuk membalas lawatan anda.

CONTOH :

PERINGATAN buat blogger, jangan sekali-kali tinggalkan link iklan di chatbox blogger lain kerana boleh mendatangkan amarah pada tuan blog.


(2) Join Giveaway/Segmen/Contest Blog

 Anda perlulah rajinkan diri untuk join GA yang diadakan oleh blogger-blogger lain. Pastikan anda mengikut syarat-syaratnya dan melawat kesemua peserta yang turut mengikuti GA itu. Dan guna cara (1) semula. Jika terlalu ramai, melawat sahaja setakat mana yang anda mampu. Buat pengetahuan anda, trafik blog saya start meningkat apabila saya join GA salah seorang blogger Malaysia dan saya melawat dan follow kesemua blogger yang join GA tersebut. Sejak itulah trafik blog saya semakin meningkat dari hari ke hari. Tapi janganlah sepanjang masa entry anda berkaitan dengan GA dan jangan kerap sangat. Anda hanya perlu join GA kurang daripada 3 GA dalam seminggu


(3) Kerap Kali Update Entry

(A)
Cara yang berikutnya adalah selalu update entry. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Pastikan entry anda mengandungi isi yang berguna seperti tips atau tutorial berkenaan blog, tips kecantikan atau kesihatan, cerita-cerita yang menarik untuk dikongsi seperti cerita pengalaman travel anda atau apa-apa kisah yang anda alami, cerita-cerita yang sedang hangat di negara, perkongsian ilmu agama atau apa-apa lagi ilmu yang lain.

(B)
Dalam entry anda, perkara yang  anda perlu elakkan ialah elakkan menggunakan perkataan singkatan atau lebih dikenali bahasa SMS. Jangan menggunakan font/tulisan yang kecil dan bewarna muda pada entry anda. Jangan update entry yang panjang jika entry anda itu adalah merapu atau tidak menarik untuk dibaca. Jangan update entry yang berunsur cacian terhadap seseorang/blogger lain atau terhadap politik. Ini boleh menimbulkan benci terhadap pembaca.

(C)
Pastikan tajuk entry anda adalah tajuk yang hot dan boleh menarik minat kepada siapa yang terbaca tajuk entry anda. Dan sila pastikan tajuk entry anda bersesuaian dengan isi entry.


(4) Rajinkan Diri Promote Blog Anda dalam Facebook, Twitter dan Lain-2 Laman Sosial

Anda perlu join group-group blogger dalam FB dan promote link blog anda disitu. Promote blog anda sekurang-kurangnya satu kali sehari. Pastikan bukan satu group sahaja yang anda join, kalau boleh join group sebanyak yang mungkin supaya lebih ramai yang kenali blog anda. klik SINI untuk lihat group-group blogger yang terdapat dalam FB. Promote juga link di twitter dan mana-mana lagi laman sosial.


(5) Share Entry Blog Anda Dengan Google Dan Laman Web Lain


Seperti anda lihat gambar di atas, ada button share di dashboard. Klik pada button share itu dan dia akan keluar seperti bawah ini.


Anda perlu add laman web lain. Caranya klik sahaja pada 'browser people' atau yang ada gambar orang itu dan tick kepada siapa yang anda mahu share. Anda boleh lihat dalam gambar di atas itu, saya ada share kepada'technology'. Buat pengetahuan anda, dalam technology yang saya share itu ada beberapa laman web yang tersohor seperti busuk.org, facebook+fanpage, Google Ads, Mashable, Twitter Followers, Youtube dan banyak lagi. Cara inilah yang sebenarnya banyak membantu kita menaikkan trafik dengan cepat. Yang kedua, dengan cara (4).


(6) Ramah Mesra Bersama Blogger Lain

Bagaimana cara nak beramah mesra dengan blogger lain? Cara pertama anda add lah beliau dalam FB atau Twitter dan berbuallah dengan mereka. Tapi saya pasti perkara ini tidak ramai yang melakukannya. Ada cara yang lain, cara yang selalu saya buat iaitu dengan like fanpage blogger dan comment pada statusnya dan cara satu lagi comment entry blog blogger lain. Pastikan anda membaca terlebih dahulu isi kandungan entrynya dan barulah anda comment. Nyatakan pendapat/respond anda tentang isi entrynya.


(7) Jadi Sponsors Dalam Giveaway

Yang ini kepada yang ada kemampuan sahaja. Tapi cara ini memang boleh meningkatkan trafik blog malah juga dapat tingkatkan follower blog anda. Beri syarat kepada penganjur blog untuk peserta follow blog anda. Anda boleh sponsor top up, shawl, blouse, novel/majalah/buku ilmu atau lain-lain benda lagi. Tak perlu sponsor benda yang mahal-mahal, serendah RM10 pun sudah memadai. Atau jika anda berkebolehan dalam mengedit/menghiasi blog, boleh juga anda gunakan kemahiran anda itu untuk dijadikan barang/benda sponsor (Sponsor edit blog).


(8) Link Anda Dalam Bloglist & Blog Direview

Yang ini anda boleh bertukar bloglist dengan blogger lain. Anda letakkan link blog dia dalam bloglist anda dan dia letak link blog anda dalam bloglist dia. Tapi janganlah pula anda memaksa. Cara membolehkan link blog anda berada dalam bloglist dan direview blogger lain ialah guna cara (2). Manalah tahu kalau rezeki anda menang bloglist atau review blog.


(9) Pastikan Blog Anda Kemas Dan Ringan

Dan yang paling utama sekali jangan sekali-kali biarkan blog anda berat. Maksudnya apabila hendak masuk ke blog anda, pelawat terpaksa menunggu loading yang lama. Ini akan membuatkan pelawat terus klik pangkah(keluar daripada blog anda). Pastikan juga template blog anda kemas dan gadget yang penting mencukupi. Seperti gadget follow, chatbox dan archive entry yang lama. Pastikan ketiga-tiga gadget ini ada dalam blog anda kerana ianya adalah gadget yang penting. Jangan guna button follow seperti bawah ini.


Jika anda mahu menggunakannya juga, sila pastikan gadget follow yang ini turut sekali ada.


Ini kerana sesetengah blogger tidak boleh follow kalau follow mengikut button follow gambar pertama itu. Seperti saya, saya tidak boleh follow jika blog itu tidak ada button follow gambar kedua. Masalah apa belum saya ketahui tapi memang tidak akan menjadi jika saya follow menggunakan gadget seperti gambar pertama. Elakkan meletakkan gadget yang tidak terpakai.


(10) Elakkan Meletakkan Like Fanpage Sebelum Masuk Blog Tanpa Button Close

Perkara inilah yang paling membuatkan ramai pelawat ke blog yang marah. Lebih-lebih lagi apabila like fanpage yang keluar sebelum masuk ke dalam blog itu mengambil masa yang lama. Jika anda mahu letakkannya ke dalam blog anda, pastikan ada button close.

contoh gambar like fanpage sebelum masuk blog :
gambar sumber google


Itu sahaja tips daripada saya.
Harap tips ini membantu anda dalam usaha meningkatkan
trafik blog anda. Silalah share jika mahu tapi pastikan nyatakan credit to siapa ya.
muihmuihmuih  = 3

  Annyonghaseyo , semua . Hari ni saya nak cakap pasal persahabatan yea . Awak semua sayang tak kawan - kawan korang ? Saya sayang ! Mesti ! Siapa yang happykan kita ketika kita sedih ? Kawan . Siapa yang pujuk kita bila kita merajuk ? Kawan . Siapa yang menemankan kita taatkala kita sunyi ? Kawan . Okey , meh kita kongsi sikit tips kekalkan persahabatan daripada Cikngah .   : )

KEKALKAN PERSAHABATAN

1) Terima kelebihan dan kekurangan sahabat anda
   

Maksudnya terima dirinya seadanya . In this world , nobody perfect . Diri kita sendiri pun ada kekurangan . So dalam persahabatan @ apa jua hubungan sekalipun kelebihan seseorang itu akan menutupi kekurangan yang ada pada diri kita .


2) Hormati Satu Sama Lain


Dalam persahabatan,tidak semestinya korang akan sentiasa mempunyai minat yang sama , pendapat yang sama dan juga kegemaran yang sama . Kadang-kadang pendapat korang mungkin berbeza . Oleh , itu cuba hormati pendapat dan pendirian masing - masing . Kemudian , barulah berbincang dan cari kata putus .


3) Jangan Mudah Lupa Diri


Maksudnya adalah begini . Jika dulu kawan korang merupakan kawan yang paling rapat dengan korang di masa susah dan senang . Ke mana jua pasti bersama macam belangkas,macam ombak dan pantai.  Tapi apabila korang telah mempunyai kekasih bf / gf korang mula abaikan kawan korang tu . Korang asyik berkepit dengan kekasih korang sampaikan korang lupa sahabat korang pun perlukan masa bersama korang . Korang jangan lupa , one day if korang ada masalah dengan kekasih korang , korang pasti akan cari kawan korang juga . So nasihat saya , walaupun korang telah berpacaran luangkanlah juga sedikit masa bersama teman - teman . Lagipun kekasih boleh datang dan pergi tapi sahabat sejati sukar dicari ganti .


4) Give and Take


Dalam apa-apa hubungan sekalipun sikap bertolak - ansur adalah sangat penting . Jangan asyik korang je yang menang dalam semua perkara . Sesekali korang kena juga ikut cara / pendapat orang lain juga .


5) Jauhi sikap hasad dengki / memburukkan sahabat



Jauhi sifat - sifat mazmumah ini kerana ia akan menjadi racun dalam persahabatan korang . Tak de guna korang memburukkan sahabat korang sebab dia takkan rugi apa - apa pun . Buat menambah dosa korang adalah .


Pesanan Dari Cikngah  :


Siramilah sesuatu perhubungan itu sepertimana korang menyirami sebatang pokok yang baru ditanam . Makin banyak yang korang siram,makin cepatlah ia berkembang dan tumbuh menjadi sebatang pokok yang indah dan menarik . Itulah perumpaan bagi sebuah persahabatan . Andai dijaga dengan baik , maka lahirlah sebuah persahabatan yang mekar dan indah .

Sumber:Sini

Labels:



PASTFUTURE
Writer Blog


Assalamualaikum blogger! Welcome to My world . Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Need some choco ? Here.

WALKIE TALKIE


The Besties


Grab Me!

*Copy and paste into your blog okay?

Past Memory




CREDIT SECTION

Coding basecode by: Izyanyancinnamon
Edit template by: Iman Sarah
Owner blog: Nur Amila
Best view:Google Chrome
Others:(♥♥)