Myself
Wanna know me?
okay, disebabkan Amila ialah owner dalam blog ni, mila kenalah perkenalkan diri dengan korang. lagipun tak lengkaplah sesebuah blog tu kalau takda page khas tentang owner kan?
Full name: Nur Amila binti Md. Kasim
Age: Sweet-twelve (2014)
Bestfriends: Nur Amalia (my twin) and Jihan
Hobby: Blogging, writing, reading and collecting bookmarks
Ambition: Lecturer
Likes
Allah
Prophet (my idol)
Eat and drink
Sleep
Kpop
Cute stuffs
Blogging
Hates
Allah's hater
Prophet's hater
Arrogant person
Annoying person
Kpop haters
Harsh words
Anime hater
Tips Make Up Untuk Tahan Lama
Alat solek sudah tidak asing lagi dengan kehidupan seorang wanita. Penggunaan alat solek atau make up dapat memberikan keyakinan diri kepada si pemakainya. Tanpa make up, mungkin wajah akan nampak sedikit pucat. Oleh itu, ramai wanita mengambil inisiatif untuk keluar dengan wajah bermake up.Mengapa perlu tahu tip make up untuk tahan lama?
Dalam cuaca yang panas dan iklim negara kita meyebabkan kita mudah berpeluh. Bahagian wajah yang di solek selalu cepat berpeluh ialah di sekitar dahi, hidung, dagu dan di atas bibir tidak tahan lama.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara atau tip untuk mengekalkan make up dalam jangka masa yang lama?
Jom kita baca tips di bawah:
- Tangan hendaklah sentiasa bersih. Tahukah anda sentuhan dari tangan yang kotor merupakan salah satu faktor make up luntur dengan cepat? Selain melunturkan, tangan yang kotor juga menambahkan bakteria di kulit wajah sehingga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
- Pastikan wajah bersih. Mencuci wajah merupakan hal paling asas untuk membuat make up lebih tahan dengan lama. Kandungan air dan minyak pada kulit akan menjadi neutral sehingga siap di make up. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan kertas minyak khas untuk mengawal minyak di muka.
- Gunakan pelembap yang tidak mengandungi minyak. Tahukah anda beberapa pelembap yang mengandungi kimia bakal membuat kulit anda rosak? Produk seperti Lanolin dianggap beracun kerana boleh membuatkan kulit semakin berminyak. Oleh itu, gunakanlah pelembap yang bebas minyak.
- Face primer sebelum foundation. Apakah fungsi primer? Primer digunakan sebelum foundation supaya make up dapat melekat dengan baik di muka untuk jangka masa yang lama. Ia dapat melindungi foundation di wajah malah memastikan kulit tetap sihat. Permukaan kulit yang diletakkan primer pula akan menjadi lebih lembut dan sempurna.
- Foundation dan bedak. Mahukan make up tahan dengan lebih lama? Aplikasikan tiga lapisan asas iaitu primer, foundation, lalu bedak. Salah satu fungsi foundation ialah dapat membuatkan warna make up yang digunakan sentiasa natural. Letakkan pula bedak secukupnya dan tidak berlebihan.
Tips di atas sangat senang untuk diaplikasikan. Diharap ianya berguna untuk semua kaum wanita. Selamat mencuba!
Moga tips ni berkesan ya! ^_^
Labels: Tips Mila
PAST • FUTURE