Ѧʏ βʋииιɛƨ Ɯσяℓ∂
Simple Tips
Tuesday, 26 November 2013 • 12:37 pm • 1 comments
Sticky Post!!!Sila scroll bawah untuk entri terbaru
Amila nak share dengan korang tips yang Amila ada.Harap tip-tip ni bermanfaat untuk korang! Sharing Is Caring!!!


Tips Belajar

1.Membawa buku ke mana sahaja kita pergi
HUH?! Cara macam ni pun ada ke?! Nanti nampak pelik dan skema je kan? Hmmm...Up to you kalau korang rasa nak bawa boleh la...Hehe...Katalah korang nak balik dari perpustakaan, korang bawa badan korang yg chubby ataupun thin tu ke kaunter dan pinjam buku...Senang je kan? Senang cam kacang hangus...Hihi...Sorry kalau korang terasa yang Amila cakap fasal badan korang tu...

2.Mencatat nota ringkas
Yela...Macam la cikgu korang kat sekolah tak pernah beritahu...Cikgu Amila selalu kata macam tu...Suruh bawa buku nota kecil yang '888' tu ha...Harap korang faham la yerr...Macam teacher Amila, dia selalu suruh take out your dictionary book when English lesson!Haha...Amila bab nak tulis memang terketar2 ler...Hmm...Memang Amila akui yang Amila malas nak tulis tapi bab menaip laju jer... :)

3.Mengikut jadual yang diatur sepenuhnya
Yang ni korang awal-awal lagi kenala prepared siap-siap jadual harian korang sendiri...Jangan jadi Amila... Amila ni memang tak kira had la jawabnya...Amila selalu habiskan masa Amila dengan berblogging ja...Ha...Yang nak taip ni pun kena perah otak tau tak! Hai...Pening kepala bila fikir balik!

4.Mencuba untuk menjawab soalan tahun lalu
Ha...Yang ni Amia nak tekankan dan sentuh! Dalam UPSR, tak semestinya keluar soalan Year 6 je kan? Mesti kebanyakannya ataupun setengah soalan tu ada soalan darjah 4 dan 5. Amila pun dah banyak kali alami walaupun next year baru nak UPSR!Tahun ni pun ada juga soalan darjah 4 yang Amila lupa. Walaupun dah belajar dan dulu memang bagi Amila macam soalan budak tadika jer, tapi sekarang,tengoklah apa yang jadi! Soalan yang senang pun Amila mai hentam jer! Hai, Amila betul-betul regret!Nasib Amila tak kena hentam! Cikgu Amila pun kata markah Math Amila turun merudu!!! 

5.Ulang membaca sebanyak mungkin
Mesti ada yang rasa pelik. Kenapa pulak kena baca berulang-ulangkali padahal kita dah faham topik tu? Okay, Amila sedia membantu! Buat sementara ni Amila jadi kaunter pertanyaan.Hehe...Amila pun pernah alami.Amila malas sangat nak baca banyak kali dan baca pun sekali pandang jer, macam mana nak jawab untuk exam sebab kita tak betul-betul faham dengan subjek/question tu.Jadi Amila nasihatkan korang walaupun Amila tiada hak untuk menasihatkan korang melainkan ibu bapa kita but Amila harap korang boleh pelajari atas kesilapan korang tu.

6.Jangan malu bertanya jika tak faham
Amila selalu macam ni tambah-tambah nak tanya dengan cikgu yang garang.Hmm...Hope korang tak contohi Amila. Hikhik.Kalau korang tak faham apa yang cikgu tu ajar,beranikan diri untuk bertanya secara berdepan(face to face)ketika guru tu mengajar di hadapan ataupun ketika habis masa pembelajaran.Ceh,panjang betul ceramah Amila ni...

7.Beri tumpuan pada pelajaran yang lemah
Ya..ya...Amila tahu semua manusia tidak sempurna dan ada kelemahan. Amila lemah dalam subjek Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Muzik...Amila pun bukan pandai menyanyi...Korang pula macam mana? Jangan malu-malu untuk share dengan Amila di Facebook.

8.Rajin ke perpustakaan
Macam Amila, Amila rajin ke perpustakaan.*perasan...Selalunya Amila pergi perpustakaan hari-hari yang tertentu...Ceh, Amila pun baru pergi dalam 4 kali je ke perpustakaan untuk tahun ni...Kebetulan sekarang ni cuti panjang ataupun lebih sesuai digelar cuti umum untuk murid sekolah rendah, so Amila and friends termasuk twin pun pergila ke perpustakaan yang merupaka gedung ilmu...Banyak buku boleh baca termasuk buku pelajaran.

9.Bahagikan masa kokurikulum dan akademik
Kat sekolah korang mesti ada kokurikulum kan? Ala...Waktu sekolah menengah pun masih ada...Tak tahu? Yang Tunas Puteri,Tunas Kadet Remaja Sekolah,Pengakap dan Puteri Islam tu...Amila ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah.Mula-mula Amila ingat seronok tapi boring...Takder kawan dan yang cikgu tahu buat ikatan la apa la...It is too bored...Nothing to do...

Mungkin setakat sini sahajalah tips Amila...Amila akan datang semula dengan Tips Dapur pula siap dengan resipi...Hehe...Yeker?

Labels:



PASTFUTURE
Writer Blog


Assalamualaikum blogger! Welcome to My world . Please don't copy anything here. Be a good girl and boy. Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Need some choco ? Here.

WALKIE TALKIE


The Besties


Grab Me!

*Copy and paste into your blog okay?

Past Memory




CREDIT SECTION

Coding basecode by: Izyanyancinnamon
Edit template by: Iman Sarah
Owner blog: Nur Amila
Best view:Google Chrome
Others:(♥♥)