PENGORBANAN SAHABAT
dlyana membuka daun pintu kamarnya perlahan-lahan agar tidak didengari oleh ibu dan ayahnya. Tiba-tiba, suatu suara yang agak garau kedengaran dari arah belakangnya. “Adlyana! Kamu tidur lewat lagi. Sudah beberapa kali papa cakap tapi masih degil!” marah Dato’ Rizal. Datin Zurina cuba meredakan keadaan sebelum angin suaminya semakin teruk. “Abang, janganlah marahkan Adlyana. Lagipula, dia bukannya ‘berblogging’ malah membaca buku teks”.
Adlyana yang dari tadi hanya membisu mengangguk persis burung belatuk lalu mencelah, “Betul,betul,betul. Bukankah esok merupakan cuti umum. Apa salahnya jika saya tidur lewat?” Adlyana memang petah berkata-kata hanya untuk membela dirinya. “Tidurlah lewat. Nanti hantu ‘blog’ tidur di sebelah. Baru tahu!” usik abang sulungnya iaitu Abang Apit. Ya. Abangnya itu memang kaki mengusik adik bongsunya itu… Dari kecil lagi Adlyana memang manja mengalahkan bayi kecil. Tangisannya juga boleh didengari dalam 5 km dari rumahnya.
❥
“Wak, cepatlah sedikit. Yana sudah lambat ini. Nanti Yana bagitahu papa!” ugut Adlyana yang banyak lemak itu. Badan kecil, tetapi otak memang pintar untuk mengenakan orang lain persis Sang Kancil. Datin Zurina kelihatan terpacak di halaman rumah sambil memerrhatikan pokok bunga kesayangannya yang mekar. “Pertandingan menulis cerpen itu bermula pada pukul berapa?” sayup-sayup sahaja kedengaran suara Datin Zurina. Adlyana mengeluh kecil lalu berkata, “Pukul 7 pagi ini…Sekarang tinggal sepuluh minit lagi sebelum pertandingan itu berlangsung.” Wak Hussein yang dari tadi membisu tersenyum sahaja melihat telatah Adlyana. Dia sudah lama mengenali Adlyana sejak kecil kerana diupah supaya menjaga keselamatannya walaupun Adlyana sudah meningkat remaja iaitu berusia 14 tahun.
“Kamu sudah bersedia atau belum? Hmm…Mama khuatir sekiranya terjadi apa-apa terhadap kamu…Almaklumlah, mama dan papa sibuk bekerja. Hari ini mungkin mama dan papa akan pulang lewat sebab banyak kerja yang belum disiapkan. Wak, tolong jaga Adlyana ya? Pastikan dia makan. Saya minta diri dahulu”, ujar Datin Zurina dengan nada sayu. Abangnya sahaja yang dia punya buat masa sekarang tetapi abangnya akan pulang ke Australia untuk urusan kerja.
❥
Setibanya Adlyana di sana, sudah ramai orang memenuhi dewan itu. Adlyana ternampak dua pasang mata sedang memerhatikannya. Mata itu pernah dilihatnya sebelum ini. Kemudian, gadis itu berteriak, “Adlyana! Tidak sangka kita akan bertemu di sini!” Adlyana senyum sampai ke telinga sehingga menampakkan giginya yang putih berseri itu. “Lulu! Saya juga tidak menyangka! Kebetulan sahaja! Seperti tidak percaya. Tolong cubit pipi saya”, kata Adlyana.Teruja. Satu cubitan hinggap di pipi Adlyana yang tembam itu. Harapkan badan, pipinya sahaja yang berisi!
Kedengaran suara pengacara dan mengambil perhatian semua orang yang berada di situ. “Alright, everyone! Mari kita mulakan pertandingan ini. Sebelum itu, diminta semua peserta yang sudah mendaftarkan diri duduk di kerusi dan meja yang disediakan bersama ibu bapa.” Adlyana dan Wak Hussein segera ke kaunter pendaftaran dan segera mengambil tempak duduk masing-masing.
“Baiklah. Start now!”teriak pengacara itu. Semua yang ada di dalam dewan itu yang merupakan pelajar sekolah menengah tekun menghasilkan cerpen. Setiap mata hanya tertumpu pada kertas yang telah disediakan. Adlyana merupakan pelajar yang cemerlang di kalangan pelajar tingkatan 2. Tidak hairanlah jika mahu dibandingkan dengan yang lain. Tetapi buat masa sekrang, berbagai-bagai pelajar dari sekolah menengah yang lain turut serta. Ini membuatkan Adlyana mula naik bimbang.
Out of the blue, seorang pelajar lelaki berkacukan Korea terjatuhkan pen birunya dan pen itu berguling terkena kaki Adlyana. Tanpa berlengah, Adlyana segera mengambil pen itu. Ketika lelaki itu cuba mengambilnya, tangan Adlyana tersentuh tangannya. Adlyana sedikit menjerit, “Ah, tangan awak tersentuh sayalah! Don’t try to touch me!” Lelaki itu mengerutkan dahinya lalu berkata, “Eh, jangan perasanlah! Siapa juga yang mahu menyentuh tangan awak itu! Perempuan perasan dan mengada-ngada!” katanya sambil menjelirkan lidah.
Adlyana sudah mula naik angin. Darahnya menyirap. Kepalanya hamper meletup menahan amarah. Dia cuba menghiraukan lelaki yang berlagak itu lalu melihat jam pada dinding dewan. “Alamak! Tinggal lima minit lagi sebelum pertandingan ini tamat. Ini semua gara-gara lelaki sombong itulah!” dengus Adlyana dalam hati.
“Prittt! Masa tamat! Sila letakkan pen masing-masing”,kata pengadil pertandingan itu lalu memerhatikan setiap hasil tangan peserta masing-masing. Dia berhenti apabila melihat kertas Adlyana dan pelajar lelaki itu. “Mengapa sedikit sahaja cerpen kamu berdua? Ada masalah? Kamu berdua tahu bukan bahawa pertandingan ini tamat jam 12 tengahari? Sepatutnya kamu harus cepat apabila masa hampir tamat”, kata pengadil itu seperti nada marah. Adlyana dan lelaki itu hanya menundukkan muka kerana malu dijadikan bahan tumpuan orang ramai.
❥
Hari ini memang hari yang paling memeritkan hati Adlyana. Dari pulang lagi dia asyik terperap sahaja di dalam kamarnya. Datin Zurina mula naik hairan berbaur sedih melihat perubahan sikap anak bongsunya itu.
“Wak, apa yang telah terjadi terhadap Adlyana? Kenapa sejak pulang dia asyik terkurung di dalam bilik sahaja? Something happened?”tanya Datin Zurina ingin tahu. “Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika saya tidak menjaga Adlyana dengan baik. Kedua, dia sedih kerana tidak sempat menyiapkan cerpen dan dijadikan tumpuan orang ramai. Saya tidak tahu apa masalahnya sehingga dia tidak sempat siapkan cerpen. Setahu saya, dialah yang paling rajin dan beria-ria sangat tadi. Mungkin juga kerana rindukan Dato’ dan Datin”, jelas Wak Hussein panjang lebar.
Adlyana membuka komputer riba merah jambu kesayangannya yang berjenama ‘Apple’ itu lalu membuka laman social Facebook untuk memeriksa mesej daripada kawan-kawannya. Sebelum itu, dia sempat melihat kepada icon untuk friend request dan mendapati seseorang yang tidak dikenalinya bernama Unknown. Dia accept sahaja tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba, kedengaran chat sound, “Teng!” Dan terpampar nama Unknown itu.
Unknown: Assalamualaikum
Adlyana : Waalaikummussalam…Er…Who are you?
Unknown: Awak dah lupa saya ek? Hehe…Sayala yang tersentuh awak tu. Jangan touched pula!
Adlyana : Huh?! Awak! Eeiii…Saya tak akan pernah tersentuh la! Buat apa nak terharu pula! Lelaki perasan!
Unknown: Perempuan sombong! Oh, baru saya ingat! Kita belum kenal betul-betulkan? Nama saya Faris Joong. Salam perkenalan!!! ^^
Adlyana :Hmph! Buat apa saya kenal awak! Sia-sia sahaja! Awak tak akan tahu nama saya!
Unknown: Hmm…Saya dah tahu…Awak ini memang bodoh la! Awak sendiri letak nama awak sebagai Adlyana! Lagipula, saya dengar pak cik awak itu cakap nama awak! Macam ini… “Adlyana, jangan bersedih…” Then awak lari macam itik…Haha
Adlyana rasa seperti mahu ketuk sahaja keyboard komputer ribanya itu sehingga rosak! Geram sungguh rasanya apabila bertemu dengan orang yang suka mengusiknya itu. Apatah lagi berkawan dengannya di laman sosial! Serta merta dia keluar dari laman itu dan mula membuka ‘blogger’. Dia mula menaip sesuatu.
Hai semua! Ya. Ad tahu kedatangan entri secara tiba-tiba ni mengejutkan korang. Sudah lama blog ini bersarang! So, seba itu jugalah yang mendorong Ad untuk menulis entri.
Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah. Yalah sebab Ad menyertai pertandingan menulis cerpen bagi pelajar sekolah menengah. Terhad untuk 30 orang sahaja. Itu alasan yang pertama. Keduanya ialah sebab Ad bertemu dengan lelaki kacukan Korea yang menjengkelkan! Wajahnya lebih kurang persis artis Korea yang terkenal, Lee Minho tak salah. Haha…Wajahnya sahaja kacak tetapi sikapnya entahlah…
Semasa pertandingan berlangsung, pen birunya berguling dan terkena tepat dengan kaki Ad. Pada mulanya, mud Ad memang baik untuk tolongnya. Tetapi sikap dia yang sengaja meletakkan tangannya atas tangan Ad!Oh, tidak! Barangkali, Ad tidak mahu terserempak dengannya lagi! Rasa mahu cubit lengannya sahaja biar bengkak! Hishh! Ad tahu tidak elok jika kita melepaskan geram di blog ataupun laman-laman sosial yang lain seperti Facebook but baru tadi dia chat dengan Ad menggunakan nama peliknya, Unknown. Ad tak berminat nak kenal dengan dia tapi dia secara tidak langsung beritahu nama dia! Macam la Ad nak tahu namanya! Sebab itu Ad gelarnya lelaki perasan! Jangan terpedaya dengan dia…Ingat! This is last warning from Ad for everyone or for my beloved readers. Mungkin sudah tiba masanya Ad mengundur diri…Semoga sihat sentiasa di samping keluarga tersayang. Salam sayang daripada Ad untuk semua.
“Adlyana! Cepat turun! Dinner already finished!”teriak Datin Zurina dari dapur. Adlyana segera menutup komputer ribanya lalu bangkit dari atas katil dan menuruni tangga perlahan-lahan. Langkahnya agak lemah kerana banyak memerah otak untuk menaip entri dalam blog.
Dia mengambil tempat duduk kosong berhadapan dengan Datin Zurina. Adlyana sedikit hairan apabila melihat juadah malam itu. “Mama, kenapa banyak lauk untuk makan malam hari ini? Ada sesiapa mahu bertandang?”tanya Adlyana selamba tanpa segan silu walhal dari tadi dia asyik mendiamkan diri. “Ya,”jawab Datin Zurina ringkas. Adlyana tidak berpuas hati dengan jawapan Datin Zurina. “Siapa? Istimewa sangatkah? Entah-entah datuk dan nenek?”tanya Adlyana tanpa berputus asa dan meneka. Datin Zurina hanya tersenyum.
Ting!Tong!Ting!Tong!
Adlyana tersentak. Dia bangkit dari kerusi lalu segera meninjau ke luar tingkap rumah. “Ah, bukankah lelaki itu…”Belum sempat Adlyana menyambung, Datin Zurina sudah membuka pintu terlebih dahulu. Kelihatan seorang lelaki menjangkau umur 50 tahun lebih kurang seperti Dato’ Rizal , seorang wanita yang kelihatan putih berseri persis orang Korea bersama anak mereka, Faris Joong. Mulut Adlyana terlopong berbentuk ‘O’. Faris yang dari tadi tercegat bersama orang tuanya, mencebik sambil memandang ke arah Adlyana tanpa disedari oleh orang tuanya dan Datin Zurina yang sedang sibuk berbual. Adlyana membalas cebikan itu dengan jeliran lidahnya yang berbisa itu persis ular. Kedua-duanya saling memandang ke arah lain seolah-olah tidak perasan kehadiran masing-masing.
Datin Zurina, Dato’Rizal, Dato’ Shukri dan Datin Hafizah sudah lama berkawan sejak melanjutkan pelajaran di universiti di Amerika Syarikat. Tidak hairanlah jika mereka mesra berbual-bual kerana sudah lama tidak berjumpa sejak tamat pelajaran di universiti itu. Cuma anak-anak masing-masing sahaja yang tidak senang duduk.
“Adlyana, pergilah berkawan dengan Faris itu. Dia baik orangnya. Di sekolah, dialah yang selalu aktif sekali. Tambah-tambah lagi dalam bidang sukan yang diminatinya, badminton. Bukankah Adlyana juga suka bermain badminton?”pujuk Datin Zurina agar Adlyana berkawan dengan anak kawan baiknya itu. Adlyana mengerutkan dahi lalu berkata, “Apa?! Ta..ta..pi…” tidak sempat Adlyana menyambung kata-katanya, Faris sudah menyampuk, “Betul juga. Lebih baik saya ajar awak subjek yang awak tidak fahami… Saya kan pandai. I’m clever boy”,kata Faris sambil memuji dirinya…Adlyana geli hati mendengar kata-kata Faris. “Haha. Awak ingat saya tak bijak? Dalam kelas, sayalah yang paling pandai dalam subjek add math and chemical”,giliran Adlyana pula memuji dirinya. Datin Zurina hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak dan anak kawannya itu.
❥
Musim persekolahan bermula seperti sediakala. Bagi Adlyana, dialah yang paling tidak sabar untuk ke sekolah. Di rumah, dia tidak tahu mahu berbuat apa. Membosankan! Kalau menghadap komputer juga, akan bosan juga. Dia bebas daripada melihat Faris Joong akhirnya! Ya! Freedom forever, Adlyana! Opss! Bebas selamanya? Tidak mustahil jika dia bertemu dengan Faris lagi.
Dia melangkah laju masuk ke dalam kawasan sekolahnya itu. Di sekolah, dia tidak ada ramai kawan. Bukannya sombong, tetapi kerana lebih baik bersahabat dengan buku! Betul tak? Kelihatan dari jauh seorang gadis berbaju kurung ungu melambai-lambaikan tangannya dan meluru kea rah Adlyana. Oh, rupa-rupanya Lulu! Kenapalah dia hampir lupa dengan sahabt baiknya sendiri? Mungkinkah sebab selalu memikirkan tentang Faris? Bukannya prihatin ataupun rindu, tetapi geram!
“Kenapa nampak muram je? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke tuan puteri?” tanya Lulu sambil berlakon seperti dayang yang setia dengan tuan puteri yang garang itu. “Nothing. But yesterday, I met him!” kata Adlyana sambil memuncungkan mulutnya itu. Lulu hairan. “Siapa?”Adlyana mengeluh berat sebelum memberitahu apa yang terbuku di dalam hatinya itu. “Siapa lagi. Tidak mungkin awak sudah lupa. Lelaki yang kita terserempak dengan dia di pertandingan menulis cerpen itu! Ternyata dia itu anak kepada sahabat karib mama saya!”jelas Adlyana. Mulut Lulu ternganga luas.
“Oh, lelaki itu ek? Yang kena marah sebab tidak siapkan cerpen tempoh hari dengan awak itu? Kacak juga dia itu. Persis lelaki Korea! Er…Dia anak kepada sahabat baik Datin Zurina?!”kata Lulu separuh teriak. Hampir pekak telinga Adlyana mendengar kata-kata Lulu yang membingitkan telinga!
❥
Subjek kimia yang diajar oleh Encik Suhaimi itu berjalan seperti biasa. Tiba-tiba, Encik Suhaimi berkata, “Hari ini, kita ada pelajar baru. Sila masuk ke dalam dan perkenalkan diri kamu.” Semua pasang mata tertumpu pada pintu masuk kelas 2 Sastera itu. Kelihatan seorang jejaka tampan, tinggi lampai melangkah masuk. Semua pelajar perempuan mula terpikat dengan personalitinya yang agak macho dan bergaya! Hanya Adlyana sahaja yang tidak terpegun malah mengeluh panjang. “Di mana ku berada, di situ mu menanti”, bisik hati kecil Adlyana. Lulu yang berada di sebelahnya juga termenung sambil memandang jejaka itu.
“My name is Faris Joong. Please respect me and I’ll respect you. I’m moved here because my dad’s work. Hope you can teach me well. Kamsahamnida!” Semua gadis terpukau dengannya lalu meluru ke arahnya untuk berkenalan lebih mendalam. Lulu juga terpengaruh tetapi dihalang oleh Adlyana. Lulu mengikut juga kemahuan sahabat baiknya itu.
❥
Loceng berdering menandakan waktu rehat. Adlyana segera melangkah supaya tidak diikuti oleh Faris. Takut-takut kalau Faris sengaja mahu menyakatnya. Sekali-sekala dia menoleh ke belakang dan tekaannya memang tepat. Faris sedang mengejarnya. Dia berlari sepantas kilat dan tanpa disedari, bayangnya juga sudah tidak kelihatan oleh Faris. Faris tercungap-cungap akibat mengejar Adlyana.
Adlyana melangkah ke dalam kantin dan muncul Faris entah dari mana berjalan bersebelahan dengannya. Adlyana membeliakkan matanya tanda amaran kepada Faris. “Saya kan masih baru di sini. Jadi, tolonglh temankan saya”, pujuk Faris. “Dasar anak manja! Nanti apa yang orang fikir! Tak pasal-pasal mereka serkap jarang yang awak boyfriend saya!”kata Adlyana.Marah.
Selesai membeli makanan di kaunter, Adlyana segera mencari tempat duduk. Takut kalau tempat penuh. Adlyana memang penggemar tegar sandwich telur. Setiap hari, di sekolah, menu utamanya mestilah sandwich telur atau sandwich lain.
Dari jauh, dia dapat melihat Faris yang kebingungan membeli makanan. Dia tidak biasa dengan kantin itu. Faris juga seorang yang mengamalkan makanan yang seimbang. Dia juga tidak senang kalau makan di kantin. Di sekolah lamanya, Datin Hafizah selalu membekalkan spaghetti fettucini dengan bebola ayam. Hari ini Datin Hafizah terlalu sibuk dan terlupa tentang itu.
❥
Hari ini hari minggu. Adlyana menghabiskan masanya dengan bermain komputer riba. Sudah beratus-ratus entri ditaipnya. Antaranya ialah tips, info, kehidupannya dan ayat-ayat Al-Quran. Dia memang suka berkongsi pengetahuannya dengan pembaca setia entrinya itu. Followersnya juga sudah mencecah berpuluh ribu seperti Yuyu Zulaikha, Lyssa Faizureen, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan ada yang dia tak hafal lagi…Hehe…
Pin!Pin!
Pagar rumahnya tiba-tiba terkuak luas. Adlyana dapat mengagak siapa yang bertandang ke rumahnya itu. Siapa lagi kalau bukan…
“Eh, Datin Hafizah, Dato’Shukri dan Faris dah sampai la!”kata Wak Hussein kepada Dato’Rizal yang sedang khusyuk membaca surat khabar. “Biar saya hidangkan kopi . Abang pula pergi jemput mereka masuk ya. Adlyana! Turun cepat. Nanti terasa jika kamu tidak mahu bertemu mereka pula!” laung Datin Zurina dari ruang tamu dapat kedengaran oleh Adlyana. Dia bingkas bangun dari katil dan segera ke ruang tamu.
“Jemputlah masuk, Dato’Rizal,Datin Hafizah dan Faris. Tidak perlu malu-malu. Buat macam rumah sendiri”,pelawa Dato’ Rizal. Kata-kata papanya memang mahu membuatkan Adlyana muntah dan pening kepala. Papanya sepatutnya tidak perlu meluahkan kata-kata ‘manis’ itu. Lagipula, tidak sudi Adlyana mahu tinggal sebumbung dengan lelaki perasan itu!
❥
“Faris, awak jangan salah anggap. Tujuan saya panggil awak untuk berbincang sedikit”, luah Adlyana.
“Bincang apa?”tanya Faris malas-malas.
“Boleh tak awak serius dan matang sikit! Menyampah betul cakap dengan orang macam awak!”tempelak Adlyana.
“Yala. Ya cik adik yang manis. Ada apa?”
“Tak.Saya fikir lebih baik kita pujuk mama dan papa supaya tidak cuba rapatkan kita sangat?”cadang Adlyana.
“Awak ni memang gila-gila lah! Mana boleh! Awak tak suka saya ek?”
“Sudahlah! Malas mahu berbincang dengan awak! Menyusahkan.Macam budak kecil sahaja”, kata Adlyana.
“Mari kita main badminton! Tengok siapa yang lebih hebat dan handal. Macam mana?”ajak Faris.
“Ajak-ajak ayam ke apa?”tanya Adlyana senyum sinis.
“Whatever!” jawab Faris sambil bercekak pinggang.
Akhirnya, Adlyana bersetuju. Selama ini, dia asyik bermain seorang diri sebagai persediaan kalau ada perlawanan badminton, dia sudah bersedia! Perlawanan itu berlangsung selama satu jam setengah. Markah mereka buat sekarang ini sama. Adlyana membuat servis. Pukulannya itu sungguh kuat sehingga Faris tidak bersedia dan mengakibatkan bulu tangkis itu terkena pada matanya. Adlyana terkedu. “Mama,papa!” itu sahaja kata-kata yang boleh Adlyana ucapkan. “Ya?” hampir serentak Dato’ Rizal dan Datin Zurina menjawab. “Faris…” Adlyana menangis teresak-esak.Menyesal.Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.Nasi sudah menjadi bubur.
Kalau sahaja dia tahu semua itu akan berlaku. Pastinya dia tidak akan bermain badminton bersama Faris,mangsa keadaan.
❥
“Maafkan saya, Dato’,Datin…Kalau bukan kerana saya, semua ini tidak akan berlaku”,kata Adlyana.
“Kami maafkan kamu…”tidak sempat mereka menyambung, doktor sudah tercegat di hadapan pintu bilik ICU.
“Anak Dato’ dan Datin selamat. Cuma…”
“Cuma apa, doktor?” tanya Dato’ Shukri yang khuatir dengan keadaan Faris.
“Cuma matanya rosak dan dia akan terus cacat penglihatan jika tidak didermakan mata segera”, terang doktor itu.
Semua yang ada di situ terkejut. Lulu juga tidak ketinggalan untuk melawat Faris sebagai kawan. Lulu juga cuba tenangkan Adlyana yang tidak duduk senang itu.
❥
Malam itu, Adlyana tidak boleh tidur seperti biasa. Rasa bersalahnya masih bersisa. Dia membuka diarinya dan mencatit sesuatu.
7 Dec 2013
4.40 pagi
Macam tidak percaya sahaja yang Ad tidur lewat hari ini.Ya. Sebab rasa bersalah Ad kepada Faris belum hilang.Semoga dia akan pulih seperti sediakala. Kata doctor, Faris perlukan seseorang yang ikhlas untuk mendermakan matanya kepada Faris. Matanya rosak sebab terkena dengan bulu tangkis yang Ad pukul. Ad memang tak sengaja.Bila dia dah sembuh nanti, Ad nak minta maaf…Hmmm…Ad rasa lebih baik Ad yang bantu dia. Bantu macam mana tu? Ad lebih rela buta. Ini semua pedoman untuk Ad. Selama ini Ad benci sangat dengan mat poyo tu. Mungkin dengan cara ini sahaja Ad boleh bantu dia. Okay. Ad nak tidur dulu…Sudah mengantuk…Mata pun sudah mahu terlelap. Titik!
-Adlyana-
Adlyana menutup diarinya rapat-rapat dan memeluk diari itu. Dia memandang siling bilik tidurnya sehingga terlelap. Datin Zurina menjenguk ke dalam bilik anaknya itu lalu mematikan suis lampu.
❥
“Ad, sejak pagi tadi, awak kelihatan pucat lesi sahaja. Saya sebagai kawan memang mengambil berat tentang awak tahu? Cubalah ceritakan masalah awak kepada saya”, desak Lulu. Adlyana mendongak lalu memandang tepat mata sahabatnya yang seorang itu. Tidak sampai beberapa saat, Adlyana memeluk tubuh Lulu. “Saya bersalah! Gara-gara saya, Faris terpaksa menanggung sakit di hospital”, balas Adlyana dalam nada sebak.
Barulah Lulu tahu, Adlyana masih memikirkan tentang peristiwa semalam. “Petang nanti, kita lawat Faris di hospital. Berikan buah tangan. Mungkin hatinya akan beransur tenang. Berikan sedikit waktu untuk dia beristirehat”, cadang Lulu. Memang bernas! Kenapalah Adlyana tidak pernah berfikir sebegitu rupa?
“Okey”, jawab Adlyana pendek. Jam pada tangan Adlyana sudah menunjukkan jarum panjang di angka 3 dan jarum pendek di angka 7. Kini sudah menunjukkan jam tujuh lima belas minit. Dua sahabat itu berjalan seiringan ke tapak perhimpunan bagi beratur.
Perhimpunan pendek itu berakhir dengan ucapan Guru Besar, Tuan Haji Mahmud Bin Dahlan. Adlyana melepaskan nafas lega kerana dia memang tidak suka berdiri lama-lama di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal.
❥
Subjek Matematik Tambahan itu berjalan seperti biasa. Adlyana menjeling ke arah Lulu yang tekun melakukan tugasan yang diberikan oleh guru Matematik Tambahan itu, Puan Laila Binti Hassan. “Lulu, tengahari nanti, temankan saya beli buah-buahan dan hadiah untuk Faris”, bisik Adlyana. “Hmm…Faris amat bertuah kerana ada gadis cantik jelita yang prihatin dengan keadaannya. Sudah beli buah-buahan, mahu beli special gift pula”, sindir Lulu.
“Up to you. Are you jealous?” kali ini giliran Adlyana mengusik Lulu. “Hmmph!” kedengaran seseorang berdeham sambil berdiri di hadapan meja Adlyana dan Lulu. Suara itu milik Puan Laila. Adlyana dan lulu tergamam dan tidak tahu mahu berbuat apa. “Dari tadi saya asyik melihat kamu berdua berbual. Ini kelas Matematik Tambahan, bukan kelas ‘Beramah Mesra’ ya Adlyana dan Lulu. Kalau tidak suka cara saya mengajar atau kelas saya, dipersilakan berbual di luar biar satu sekolah tahu yang kamu berdua mulut murai”, sindiran yang diucapkan oleh Puan Laila membuatkan seisi kelas terdiam buat seketika.
Adlyana tersenyum tawar. Sudahlah ditimpa masalah Faris, sekarang masalah ini pula. Masalah sebelum ini pun belum dibereskan. Adlyana rasa ingin menangis sahaja meminta simpati daripada cikgu yang bengis seperti singa itu. Ya. Nama galmournya ‘Singa Jadian’.
“Sebelum pulang, datang ke bilik guru. Jumpa saya”, kata Puan Laila separuh berbisik. Adlyana dan Lulu mengangguk lemah.
❥
Seperti yang dijanjikan, Adlyana dan Lulu terus ke bilik guru bagi bertemu dengan Puan Laila. Ketika mereka masuk, kelihatan Puan Laila sedang sibuk memeriksa sepucuk surat. Surat itu dikoyaknya perlahan-lahan. Kertas di dalamnya diambilnya.
Kepada isteri tercinta,
Semoga sayang dan anak kita sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang. Tujuan abang menulis surat adalah untuk memberitahu khabar baik. Minggu hadapan, abang akan pulang ke tanah air selepas mendapat keizinan daripada Encik Hassan. Dengar kata, anaknya lelaki, berusia 14 tahun akan pulang bersamanya. Anaknya istimewa dan memerlukan teman untuk mendampinginya. Abang berasa kasihan terhadapnya. Sayang ada mengajar murid tingkatan 2 bukan? Tolong perkenalkan gadis itu kepada anak Encik Hassan boleh?
“Assalamualaikum”, Adlyana dan Lulu memberi salam dan memberhentikan lamunan Puan Laila. “Oh mak engkau!” latah Puan Laila. Kemudian menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Adlyana dan Lulu ketawa kecil.Lucu benar apabila melihat Puan Laila yang garang itu melatah seperti orang tua.
Selesai menenangkan diri, Puan Laila meletakkan surat itu di dalam tasnya lalu menjawab salam mereka, “Waalaikummussalam. Maaf kalau kamu berdua sudah menunggu lama.” Mereka berdua saling berpandangan dan beralih pandangan ke arah Puan Laila. “Tujuan saya memanggil kamu berdua kerana hendak menanyakan masalah kamu. Selalunya kamu berdua fokus sahaja di dalam kelas saya”, ujar Puan Laila. “Itu sahaja. Kalau tidak boleh jawab, tidak apa. Saya tidak memaksa”,sambungnya lagi.
Lulu menjawab bagi pihak Adlyana, “Yang sebenarnya, Adlyana ditimpa kesusahan. Faris. Dia tidak dapat ke sekolah kerana matanya terkena pukulan bulu tangkis yang kuat oleh Adlyana. Ketika itu, mereka sedang bermain badminton. Adlyana memang tidak sengaja dan rasa amat bersalah. Buat masa kini, Faris terlantar di hospital. Dia memerlukan seseorang sama ada yang hidup atau meninggal dunia untuk mendermakan mata. Kemungkinan besar dia akan buta jika tidak dirawat segera”.
“Saya juga rasa simpati. Saya hanya mahu memberi cadangan. Kamu berdua sebagai rakan, harus menolongnya dengan membakar semangatnya yang hampir punah itu. Ajar dia subjek yang tidak difahaminya pada masa lapang”, panjang lebar jawapan Puan Laila.
❥
Petang itu, Wak Hussein menghantar mereka ke hospital atas arahan Datin Zurina yang khuatir akan terjadi apa pula terhadap puteri bongsunya itu. Sepanjang perjalanan, mereka lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual.
“Okey. Sudah sampai”, kata Wak dengan lembut. Mereka berdua memasuki pintu hospital dan meninggalkan Wak Hussein menunggu di hadapan pintu.
“Akak, boleh beritahu di mana bilik pesakit bernama Faris Joong Bin Dato’ Shukri tidak?” soal Adlyana yang tidak sabar mahu menziarahi Faris. “Bilik 306 yang berdekatan dengan bilik ICU”, jelas jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan.
“Terima kasih”, balas mereka pendek.
Jururawat itu hanya tersenyum manis. Mereka membuka pintu bilik Faris perlahan-lahan agar tidak didengarinya. Suatu suara menegur dari dalam, “Apa yang awak berdua buat di bilik saya hah? Jangan-jangan awak berdua datang hendak membunuh saya”, teka Faris yang bukan-bukan. “Ish. Jaga sedikit mulut awak itu. Kami datang ke sini dengan niat baiklah. Ini ada buah tangan untuk awak. Buah-buahan dan buku untuk membakar semangat awak itu. Tajuknya “Never Give up” written by Luca Andlord”, kata Lulu. “Luka? Nama yang agak aneh”, balas Faris sambil tergelak kecil. “Sebutan sahaja sama tetapi ejaannya berlainan. Nah. Semoga dapat mengubati hati awak yang sakit itu”, jawab Adlyana selamba.
Adlyana nampak mesra sekali dengan Faris manakala Lulu hanya menjadi penyibuk. Lulu tahu bahawa Adlyana ada menaruh perasaan suka kepada Faris. “Adlyana, walaupun saya tidak dapat melihat awak dan Lulu, tapi saya seronok dapat mendengar suara awak yang lembut dan merdu”, ujar Faris tersipu-sipu malu.
❥
“Doktor, saya dah fikir masak-masak. Saya ingin mendermakan mata kepada dia”, kata gadis itu. “Kalau itu yang awak mahu, saya tidak dapat memaksa. Baiklah. Mari kita mulakan”, kata doktor.
❥
“Papa,mama! Saya sudah boleh melihat kembali!” jelas Faris riang.
“Tetapi siapa yang mendermakan matanya untuk kamu?” soal Dato’ Shukri membuatkan suasana di bilik sakit Faris menjadi sepi seketika.
“Saya juga tidak tahu…” wajah ceria Faris tadinya bertukar mendung.
“Hmm…Kalau papa tahu siapa yang baik dan ikhlas mendermakan matanya buat kamu, papa amat berterima kasih kepadanya dan ingin member ganjaran kepada keluarganya. Marilah kita tanya doktor dahulu”, Dato’ Shukri cuba untuk menceriakan puteranya itu.
“Doktor, siapakah yang mendermakan matanya kepada Faris?” soalan itu diajukan kepada Doktor Izzy oleh Datin Hafizah.
“Orang itu menyuruh saya untuk merahsiakan perkara ini. Saya benar-benar minta maaf”,kata-kata doktor itu membuatkan Dato’ Shukri, Datin Hafizah dan Faris terlopong.
❥
Faris sudah beransur pulih. Mulai sekarang bolehlah dia tinggal di rumahnya semula. Tapi sampai sekarang, dia tidak mengetahui siapa yang mendermakan mata untuknya. Dan Adlyana juga sudah tidak melawatnya lagi seperti dahulu. Buku yang dihadiahkan Adlyana juga sudah habis dibacanya berulang-ulang kali ketika dia terlantar di hospital. Buku itu agak tebal tapi tidak menjadi masalah buat Faris.
“Faris, Adlyana mahu berbual dengan kamu sebentar”, lamunannya terhenti apabila mendengar kata-kata Datin Hafizah. Wajahnya kembali ceria.
“Baik, mama.”
Dia mengambil telefon rumah yang dipegang mamanya, kemudian mula berbicara.
“Hello. Assalamualaikum”.
“…”
“Oh, Adlyana! Sudah lama tidak berjumpa! Saya sudah habis membaca buku yang awak beri. Memang terbaik! Terima kasih kerana cuba membakar semangat saya. Saya leibh berkeyakinan sekarang”.
“…”
“Mata saya juga sudah baik. Entah siapa yang dermakan matanya buat saya. Saya amat bersyukur kerana masih celik. Doktor sudah bersubahat dengan orang itu untuk merahsiakan penderma mata saya.”
“…”
“Boleh. Apa salahnya. Jam empat petang saya sudah terpacat di hadapan pagar rumah awak!”
“…”
“Waalaikummussalam…”
“Siapa itu?” soal Datin Hafizah.
“Adlyana. Dia ajak saya datang ke rumahnya hari ini jam empat petang. Boleh tidak mama?”
Datin Hafizah mengangguk tanda setuju. Dia amat mengerti perasaan anaknya itu.
❥
Sudah jam tiga petang. Adlyana mencari-cari komputer ribanya. “Akhirnya jumpa juga!” teriaknya.
Dia segera membuka ‘blogger’ dan menaip entri.
Assalamualaikum, pembaca blog Pertemuan Tak Diduga.
Hari ini, Ad bersyukur kerana sudah menjalankan amalan yang baik. Ad sanggup mengorbankan anggota penting kepada orang yang lebih memerlukan. Mesti korang tak faham maksud Ad. Ya. Hari ini Ad dah dermakan mata Ad untuk sahabat istimewa Ad. Bukannya anak istimewa tetapi special friend. Ad berharap korang tidak rasa jemu membaca entri Ad ni. Takut korang baca kemudian tak sampai seminit dah terlelap. Ad memang tak cukup tidur dari semalam. Ad asyik memikirkan masalah kawan Ad, Faris. Tetapi sekarang Ad tak perlu sebab Ad dah buat apa yang Ad perlu buat dari dulu lagi.
Love,
Adlyana
Selesai menulis entri terbaru itu. Diamenjenguk ke luar tingkap. Kelihatan dari atas Faris sudah terpacak. Tetapi Adlyana tidak tahu. Baru dia ingat! Sekarang dia sudah cacat penglihatan. Dia tidak boleh melihat wajah Faris lagi. Dia lebih rela menanggung derita daripada melihat Faris yang terpaksa menanggung.
Adlyana pura-pura seperti dia boleh melihat. “Adlyana! Faris dah sampai. Cepatlah”, jerit Datin Zurina.
Dia menuruni tangga dengan berhati-hati. Tiba-tiba…
“Ah!” Adlyana terpeleot lalu jatuh berguling dan berhenti tepat dengan kaki Datin Zurina. “Tolong!” Datin Zurina menjerit sekuat hati meminta tolong.
Faris yang sedang menunggu di bawah terik cahaya matahari mula masuk. “Apa yang sudah terjadi?” soal Faris. Risau.
“Tolong mak cik bawa dia ke hospital!!!”
❥
“Ad, why you pretend you can see? Why you don’t told me?” soal Datin Zurina dalam nada sedu-sedan.
“Yalah. Kenapa awak tak beritahu bahawa awak yang dermakan mata untuk saya? Kenapa rahsiakan? Kalau kami tahu, pasti kami boleh tolong awak untuk berjalan. Ini tidak. Sampai mama dan papa awak pun tidak tahu”, soal Faris bertubi-tubi.
“Saya sedang sakit. Tapi awak masih mendesak saya. Saya memang mahu beritahu awak tadi. Tapi…” tidak sempat dia menyambung, Doktor Izzy sudah mencelah.
“Maafkan saya, Adlyana. Saya harus memberitahu rahsia itu. Ini semua dengan kebaikan awak juga. Benar kata Faris dan Datin Zurina”, kata Doktor Izzy.
“Thank you very much, Faris, Mum and doctor. Kalian amat mengamil berta tentang saya”, kata Adlyana sambil tersenyum.
Dan sebab itulah tajuk cerpen ini dinamakan “Pengorbanan Sahabat”.
Bye!
❥❥❥